Jumaat, 21 Februari 2020

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Panas2 mcm ni sedap jg buat agar2..
🍒 AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE 🍒

❤ Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200 ml santan pekat (1 cawan) - saya guna santan kotak kecil
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

❤Cara-cara:

💚 Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
Pastikan SEBELUM hidupkan api agar2 serbuk dan gula di larutkan dahulu dgn air supaya agar2 tidak berketul...

💚 Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.

💚 Masukkan juga simpulan daun pandan.

💚 Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

✔ TIPS... Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau.

✔Kacau bagi mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk.

✔Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil.

✔Tutup api.Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air.

✔Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.

✔Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk

Credit : Mawar Wilsa

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...