
01:35
🌺RESEPI ROTI CANAI TURUN TEMURUN🌺
bahan2: A
Ikg tepung gandum
2sdb marjerin
2sdb susu pekat
1 biji telur
bahan2: B
1½ cawan@2cwn air
Isdb garam
-Satukan bahan A hingga betul2 sebati....
-masukkan air yg telah di kacau dgn
garam hingga larut.
-uli hingga menjadi doh yang lembut dan
licin.tambah air sedikitz sekiranya dok
agak kering.
-bulatkan hingga menjadi bebola kecilz
sehingga habis.. lumurkan dgn marjerin
dan simpan
dlm bekas kedap udara minimum 2jam.
-bentukkan setiap bebola hingga menjadi
roti canai dan bakar hingga
masak...boleh dimakan dgn kuah
dal@kuah kari...
-bakar separuh masak utk roti canai
segera dan simpan dlm freezer.
Nikmati dengan kuah dal atau pun kari.
Kari kambing👆🏼👆🏼
Kuah kacang dal 👆🏼👆🏼
RESEPI KUAH DAL
-2/3 cawan kacang dal (dikisar kasar supayacepat hancur)
-4 cawan air.
-1/3 sudu serbuk kunyit
-I biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
-1 biji carrot
-I biji terung hijau bulat - dipotong kiub
-I biji tomato medium - dipotong dadu
-2 cili besar hijau - dipotong inci
-2/3 kotak santan (150ml)
-I sudu kecil garam
-I sudu air asam jawa
-1/2 cawan air
-3 sudu minyak
-1/2 sudu kecil biji sawi
-1/2 sudu kecil jintan manis
-2 sudu gula
-sedikit serbuk perasa
-I tangkai daun kari
-2 biji lada kering (dipotong setiap 2cm (3/4inch)
-3 biji bawang merah - dikupas dan dipotong halus
-3 biji bawang putih - dikupas dan dipotong halus.
Cara-cara:
1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa
kali dan masukkan ke dalam blender + air sikit.
kisar kasar. pastu tuangkan kedlm periuk
bersama 3 cawan air dan kunyit. Masaklah
sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit
lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan
tomato. Masak lagi selama 20 minit., atau
sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.
2. Masukkan santan dan masukkan gula garam
dan serbuk perasa. Tambah air asam jawa.
Masak sehingga mendidih lagi sekali,
kemudian perlahankan api apabila ramuan
nampak sebati dan lembut. diperlahankan api.
Rasakan garamnya. Tambahkan cili hijau dan
padamkan api selepas 5 minit dan asingkan
3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang
berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih
(dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada
kering, bawan merah dan bawang putih. Masak
sehingga berbau wangi dan bawang bertukar
warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke
dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu.
Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan
selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas
periuk dan padamkan api.
kuah kacang dal ini selalunya disediakan
bersama sambal tumis seperti sambal tumis
ikab bilis sebab akan menjadikan rasanya lebih
sedap dan menarik warnanya dengan kuning
bercampur sedikit kemerah merahan.

Sumber
zalinda0105.blog