Memaparkan catatan dengan label Ikan๐ŸŸ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan๐ŸŸ. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2020

Ikan tenggiri masak lemak cili padi rebung

 Resipi Ikan tenggiri masak lemak cili api & rebung jengka pahang ๐Ÿ˜


Resepi..

1.ikan tenggiri (sy lbih suka tenggiri bunga daging dia lembut) 

2. Cili api & kunyit hidup (dtumbuk)

3. Rebung (cuci bersih²,diramas sikit utk buang bau air rendaman rebung trsebut & toskan)

4. 1 biji setgh kelapa parut (diperah amik pati shj,pastikn guna kelapa tua ya) 

5. Asam keping..


Sediakn kuali,masukkn ikan,cili,rebung & santan..kemudian didihkan masak seperti biasa sentiasa dikacau ye, kuah hampir pekat masukkn asam keping,pastikn garam secukup rasa.. siap,selamat mencuba ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜




Rabu, 14 Oktober 2020

Ikan Masak 3 Rasa.

๐Ÿ’ฅ2 ekor   ikan siakap - dibersihkan,digaul dengan garam,serbuk kunyit dan tepung jagung.Kemudian goreng garing.Ketepikan.

Bahan hirisan:
____________________________
๐Ÿ’ฅ1 labu bawang besar
๐Ÿ’ฅ2 ulas bawang putih
๐Ÿ’ฅ2 inci halia
๐Ÿ’ฅ2@4 tangkai cili padi
 
Bahan lain :
____________________________
๐Ÿ’ฅ2 sudu makan sos cili
๐Ÿ’ฅ2 sudu makan sos tiram
๐Ÿ’ฅ2sudu makan  sos tomato
๐Ÿ’ฅ2 sudu makan cili kisar
๐Ÿ’ฅ1 sudu makan sos ikan
๐Ÿ’ฅ1 biji  buah  tomato ๐Ÿ…
๐Ÿ’ฅ1 cawan  air biasa
๐Ÿ’ฅgaram
๐Ÿ’ฅ gula

Cara- cara memasak:
_______________________________
-panaskan minyak dan tumis bahan hirisan hingga naik bau.
-masukan sos² kacau bagi rata.masak sehingga 4-5 minit.
-masukan air,garam,gula secukup rasa.
-masukan ikan goreng tadi....last masuk tomato kacau rata.siap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹





Selasa, 28 April 2020

Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum

Resepi Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum

Bahan-bahan diperlukan:
4 ekor ikan keli (saiz besar) 
1 sudu teh serbuk kunyit 
Garam secukup rasa 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air 
10 tangkai cili kering 
5 biji bawang merah 
1 inci kunyit 
½ inci lengkuas 
(Cili kering, bawang merah, kunyit & lengkuas dikisar bersama dengan air)
1 sudu makan serbuk kari 
1 cawan santan pekat 
7 tangkai daun kesum 
2 keping asam gelugur

Cara menyediakan dan memasak:
Bersihkan ikan keli dan kelarkan. Gaulkan ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam. 

Panaskan minyak masak. Goreng ikan keli sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan. 

Masukkan bahan kisar, serbuk kari, santan pekat, daun kesum, dan asam gelugur ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan ikan keli dan garam. Biarkan mendidih. Hidangkan.

Krdt: Chef Hanieliza 1

Selasa, 24 September 2019

Kari ikan tongkol.


Kari Ikan Tongkol.
  ๐Ÿ–คBahan-bahan diperlukan:
-1 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
-2 biji terung , 10 biji tomato cherry, dibersihkan dan di belah-belah.
-2 susu besar serbuk kari ketam adabi, 1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi, 1 sudu besar serbuk cili
  ๐Ÿ‘‰๐Ÿฝbahan kisar
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 inci halia
  ๐Ÿ‘‰๐Ÿฝ rempah penumis
-1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 biji cengkih, 3 biji buah pelaga, secubit biji sawi
-1 senduk santan kara
-1/2 gelas air asam jawa cair
-garam, serbuk perasa dan air secukupnya
-minyak untuk menumis.
๐Ÿ–คCara menyediakan dan memasak:
๐ŸŽ€ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
๐ŸŽ€serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
๐ŸŽ€panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
๐ŸŽ€masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
๐ŸŽ€masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
๐ŸŽ€cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
๐ŸŽ€setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
๐ŸŽ€akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
dah sedia untuk dihidang..!


Selasa, 6 November 2018

SINGGANG PEDAS IKAN (versi Terengganu)

SINGGANG PEDAS IKAN
(versi Terengganu)
       Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi
4 biji ciliapi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
8 tangkai daun kesum
         Cara Membuat
1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
5. Hidangkan.

By: Zalinda0105.blog



Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...