Memaparkan catatan dengan label aneka nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aneka nasi. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2019

Nasi kukus ayam berempah

💕 Resepi Nasi Kukus, Ayam Goreng Berempah,Kuah dan Sambal Belacan(Panduan utk yg nak niaga Nasi Kukus) ❤
.
.
   👉A) Nasi Kukus
Bahan-bahan:
Beras secukupnya
Air
Bekas kecil(bekas aluminium eh?)
Daun pandan
.
Cara Memasak:
1)Cuci beras dan rendam selama 30min
2)Didihkan air dalam periuk pengukus.Letak daun pandan dalam air rebusan.
3)Toskan beras, isikan ke dalam bekas kecil.Isikan 3/4 bekas sahaja.
4)Isi penuh air ke dalam bekas tadi.
5)Kukus selama 20min/hingga nasi betul2 masak.
Nasi kukus dah siap.
.
   👉B) Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
-1/2 ekor ayam dipotong kecil
-1-2 sudu makan serbuk kari ayam
-1 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
Kisar kering bhn2 ni:
-1 sudu makan biji ketumbar
-1 sudu teh jintan putih
-1 sudu teh jintan manis
Kisar halus bhn2 ni:
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-2 batang serai
-2 inci halia
-1 sudu besar tepung jagung
-Minyak untuk menggoreng
-Daun kari
.
Cara Memasak:
1)Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
2)Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma.
.
👉C) Kuah Nasi Kukus
Bahan-bahan:
-Kaki/tengkuk/pedal ayam (500g atau kurang lg)...boleh di ambil dr ayam yg dibeli utk buat ayam berempah
-Pes Kerutuk/Gulai Kawah/Kari Ayam Daging Saudagar Rasa (150g)(mana2 boleh.
-Santan (300ml)(optional biasanya peniaga x letak sbb nak jimat kos.
-Air (500ml atau lebih) -Garam atau gula secukup rasa
.
Cara Memasak:
1) Kaki/tengkuk/pedal ayam dipotong kecil
2) Basuh & toskan
3) Rebus bhn2 td dgn air sehingga separuh masak
4) Masukkan 1 pek pes dan santan(optional)
5) Masak sehingga mendidih
6) Rasa masakan samada kena tambah garam atau gula...kalu nak letak pak aji pon blh...tp saya mmg x letak pak aji dlm semua pes dan masakan saya.
7) Dah mendidih tutup api. Dah boleh utk curah atas nasi kukus 2 nanti yerr..
.
👉D) Sambal Belacan
Bahan-bahan:
4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Perahan jus limau kasturi
Setengah genggam ikan bilis
2 sudu besat minyak masak
10 biji cili padi
.
Cara Memasak:
1) Belah cili padi menjadi 2 bahagian supaya bila goreng nanti tak meletup dan potong bawang
2) Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau sampai layu je.
3) Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan perahan limau kasturi td,belacan, cili merah,sedikit gula dan garam. Lepas 2 tumbuk semua bahan tadi dalam lesung. Nak senang,blend je lah sume 2,abis citer..
4) Akhir sekali, letak sekali sesudu besar kat sebelah nasi kukus.
.
      💘Optional:
Nak bg best lg goreng papedum. Letak sekeping kat setiap pinggan ye..cam gambar attached.
Tu je resepi nasi kukus ayam goreng berempah,kuah dan sambal belacan yang saya nak kongsi. Harap berguna untuk anda yg nak business nasi kukus ye, terima kasih!
...
Resepi: Abdul Razak Bujang

Rabu, 25 September 2019

Nasi dagang Terengganu


      🌟Nasi.
🎀Bahan-bahan
3 cawan beras Basmathi atau beras biasa direndam
1 cawan pulut direndam
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Sedikit halba
3 ulas bawang merah dihiris halus
1 atau 2 inci halia dihiris halus
3 helai daun pandan
Garam dan gula sedikit
🎀Cara Masak Nasi Dagang
Beras Basmathi dan pulut direndam (2 jam) lebih lama lagi bagus.
Kukus beras dan pulut selama 20 minit.
Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan, lapik daun pandan.
Kemudian tuangkan santan cair dan gaul rata beras, pulut dan santan sehingga sebati. Biarkan sekejap sehingga meresap.
Kukus sekali lagi dalam 20-30 minit.
Setelah lebih kurang 10 minit, masukkan hirisan bawang, halia dan taburkan halba dalam periuk kukusan.
Keluarkan kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata. Nampak macam berminyak berkilat. Tak perlu habiskan santan jika nasi dah lembut. Siap untuk dihidang.
Jika nasi nampak macam tak berapa masak jangan risau, tambahkan lagi santan cair dan gaul. In shaa Allah jadi.
    🌟Resepi Gulai Ikan Tongkol
🎀Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol dipotong empat
Santan kelapa (2 biji) campur dengan santan cair, anggaran dalam 1 liter
1 paket rempah Cap Bunga Ros (15gram)
3 atau 4 sudu rempah gulai Cap Bunga Ros
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1 inci halia (lebih pun boleh) dikisar
1 inci lengkuas dihiris
5 sudu cili kisar, nak lebih pun boleh
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 asam keping
1 batang kayu manis
1 inci belacan
5 biji cili padi untuk ditabur dalam gulai
3/4 biji belimbing buluh dipotong dua/tomato dipotong 4
Sedikit kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa
2 atau 3 biji telur yang sudah direbus
🎀Cara Masak Gulai Ikan Tongkol
Rebus ikan tongkol dengan asam keping dan sedikit garam sehingga mendidih.Air rebusan jangan dibuang.
Saya tak ikut resepi asal yang mana sepatutnya masakkan santan sampai berminyak. Saya tumis cili, kemudian masukkan semua bahan kisar bersama kayu manis dan asam keping.
Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan rempah Cap Mawar dan rempah gulai Cap Bunga Mawar. Gaul rata dan masukkan santan.
Bila dah mendidih masukkan ikan yang direbus sekali dengan air rebusan. Jumlah air rebusan tu bergantung kepada kepekatan kuah yang kita nak. Kalau nak pekat tak perlu banyak. Kalau nak banyak kuah, lebihkan air rebusan.
Masukkan beberapa biji cili padi dan tomato, belimbing buluh dan telur rebus.
Teruskan memasak sehingga pekat dan timbul minyak.
Seperti dalam gambar. Anggaran dalam 20-30 minit dengan api perlahan.
Sambil masak gulai ni boleh la uruskan nasi dagang tu.

Cara Buat Acar Nasi Dagang
Timun dan lobak merah dipotong memanjang
2 ulas bawang merah dan 1 biji bawang besar dihiris
Nenas dipotong-potong
1 sudu cuka
Gula dan garam secukup rasa
Semua bahan digaul mesra dan biarkan sementara menunggu nasi dan lauk masak.
Sebenarnya cara untuk membuat nasi dagang Kelantan atau Terengganu akan menjadi lebih mudah jika ikut cara memasak dan resepi yang dikongsikan langkah demi langkah pasti nasi itu akan menjadi dan sedap dimakan. Silap hari bulan anda boleh menjualnya, siapa tahu?
Selamat mencuba.

Khamis, 14 Mac 2019

*Nasi Lemak Kukus*

Nasi Lemak Pandan💚💚💚masak sambal nasi lemak nak sedap nina  tak letak bawang putih dan halia.Nina guna bawang besar&bawang merah je 3,4hari  tak masuk peti ais pun sambal tak basi.

Sambal nak sedap nak tahan lama nak kaler dia merah gelap kena masak hingga betul2 pecah minyak.Minyak untuk menumis tu nina guna minyak yang lebihan goreng ikan bilis Nasi nak bagi cantik berderai lambat basi nina kukus...

*Sambal Nasi Lemak*

-3genggam cili kering potong cuci bersih dan rebus hingga lembut
-3biji bawang besar
-7ulas bawang merah
-belacan sikit je
*kisar cili kering,bawang besar,bawang merah dan belacan bersama sedikit air
*1keping asam keping@sedikit asam jawa
*gula(nak guna gula melaka pun boleh lagi sedap)
*garam secukup rasa
*minyak untuk menumis

*tumis bahan kisar hingga betul2 garing
*kalau pekat sangat boleh tambah air sikit
*masukkan asam keping masak@reneh lagi hingga pecah minyak
*perasakan gula garam,ikan bilis nina masukkan sikit je dalam sambal tu

*Nasi Lemak Kukus*
-beras(cuci bersih)
-santan(sukatan santan ni sama dengan paras beras)
*santan tu campur air sikit xnak bagi nasi berat@muak sangat)
-2helai daun pandan
-1sudu kecil garam
-2sudu besar minyak masak
-3,4ulas bawang merah
-1inci halia
*nak buat nasi lemak pandan boleh kisar 3,4helai daun pandan dan tapis

*panaskan kukusan
*satukan semua bahan dalam bekas tahan panas(nina guna loyang)
*kukus nasi hingga masak
-nasi cantik berderai,tak berkerak dan lambat basi

Rabu, 23 Januari 2019

Sabtu, 12 Januari 2019

Nasi goreng ayam

~Bahan² nasi goreng~
⇨4cawan nasi sejuk.
⇨200gram  isi ayam dipotong dadu.
⇨sedikit lobak merah
⇨sedikit sawi
⇨sedikit sayur kobis
⇨1ulas bawang merah-cincang.
⇨2ulas bawang putih-diketuk.
⇨4tangkai cili padi -diketuk
⇨garam gula secukup rasa.
⇨1biji telur
⇨2sudu besar cili kisar, sos cili, sos tiram.
⇨Kicap secukupnya
-Panaskan minyak,masukan bawang merah dan bawang putih serta cili padi sehingga naik Bau.
-masukan cili kisar,sos cili dan sos tiram,kacau bagi rata.
-masukan isi ayam,lobak merah,sayur kobis masak seketika sehingga ayam tu masak.
-masukan sedikit air,garam,gula kacau sebati.
-masukan nasi kacau rata.last masukan sawi dan kicap kacau lagi pecah kan telur kacau sebati dan sekata.siap.
 🍒~Bahan ayam celup tepung.~
-6 ketul.   Ayam
-2cwn tepung gandum
-2cwn tepung beras
-2cwn tepung jagung
-1sudu kecil serbuk cili.
-sedikit garam dan serbuk kunyit
🍁Gaul semua bahan ⇧⇧ sehingga sebati. Kemudian goreng garing siap.
Boleh dihidangkan bersama nasi berserta sup kosong.


Selasa, 30 Oktober 2018

Nasi goreng ikan bilis

Bahan goreng:
Segegam  ikan bilis-digoreng garing
2biji  telur digoreng hancur
Semangkuk kecil isi ayam digoreng
Bahan kisar:
8tangkai  cili padi
2tangkai  cili merah
1labu  bawang besar
2ulas  bawang putih
Segegam ikan bilis
3cawan  nasi putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
👉panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian masuk nasi gaul sehingga rata dan sebati. Masuk kan garam dan gula gaul lagi. Akhir sekali masuk bahan goreng. Gaul seketika sehingga rata boleh angkat dan dihidang kan. 

Sabtu, 27 Oktober 2018

Nasi Dagang cara kl

       🌸Nasi 🌸
-3gengam     beras pulut -direndam semalaman.
-4cawan         beras basmati atau biasa-dibasuh dan ditos kan.
-2sudu kecik   helba
-2 cm                halia - dihiris
-1 labu              bawang besar -dhiris
-1kotak              santan kara
-1sudu kecil      Garam
=campur semua bahan 👆👆 dan tanak seperti biasa.. Seperti masak nasi...

Gulai Ikan Aye:
-2 ekor           ikan tongkol -dibersihkan dan direbus dan tos kan
-4sudu besar    rempah nasi dagang
-1sudu besar    cili boh
-1ketul               Gula nisan
-1 keping             asam keping
-1kotak                 santan kara
-1sudu kecil          garam @ secukup rasa
-4tangkai.              Cili padi
        Bahan kisar.
-1inci            halia
-1inci            lengkuas
-1labu          bawang besar
-2ulas           bawang putih
👉tumis bahan kisar hingga naik Bau.... Masukkan rempah nasi dagang n cili boh masak sekejap masuk kan sedikit air... Masak hingga pecah minyak.
👉masuk gula nisa n asam keping kacau sehingga gula larut masuk santan, cili padi masak seketika masuk garam n gula sikit kacau.. Masuk ikan aye tadi... Biar sekejap... Baru tutup api. Siap
Hidang bersama. Acar sayur, telur masin n sambal belacan ...

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...