Memaparkan catatan dengan label Ayam 🐔. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam 🐔. Papar semua catatan

Rabu, 22 September 2021

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL


1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit

dan serbuk kari sebelum digoreng.

 


2) Masukkan hirisan bawang merah, cili


api dan kentang ke dalam lebihan


minyak goreng ayam tadi.


3) Kemudian masukkan bahan kisar

(bawang merah, bawang putih dan jintan

manis) - mak ajar klu nak masak kicap

sedap dan beraroma kena masukkan

jintan manis).




4) Tumis sampai naik bau dan baru.

masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah

minyak.


5) Masukkan ayam, kicap lemak manis

dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan

kering sedikit. Perasakan secukupnya.


6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula

sebab ayam masak kicap yg sedap

kenalah masak sehingga melekit dan

likat.



Kredit resepi : nurul hawa 

Foto by : zalinda0105





Sabtu, 24 Julai 2021

Ayam masak thai

 AYAM MASAK THAI


simple sgt2..rasa masam manis

pedas,anak2 pun suka.. Ramai yang tanya resipi, so saya update skit status ni yer...resepi ada kat

Ayam yg digoreng dgn kunyit




Bahan tumbuk:

bawang merah 5 biji

bawang putih 3 ulas

* sedikit kunyit hidup * cili padi (ikut nak pedas mana)

Bahan lain :

Zsudu sos tiram

Zsudu sos tomato

3btg Serai diketuk

3helai daun limau purut

Garam, gula

Caraz:

Tumiskan bahan tumbuk dengan serai smpi garing,

Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram, sos tomato,daun limau.... Masak smpi bawang betul2 masak dan pekat...tambah perasa ngn bawang holland yang dipotong nipis...ok siap




selamat mencuba

Rabu, 21 Julai 2021

Telur bungkus

 Telur bungkus ala thai


Telur bungkus

Sumber resepi: Farida Alang #rmm


Bahan-Bahan:

2 biji telur

100gm isi ayam @ daging (dicincang)

2 ulas bawang putih

I ulas bawang besar (dihiris nipis)

I biji tomato (dibelah 6) 

I camb kacang peas

2 camb sas tomato

I camb sos tiram

garam secukup rasa 

daun ketumbar (dipotong I inci)

      Cara:

Telur dipukul dan digoreng dadar. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi tomato, sos tiram, garam, bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas, masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi. Sedia dihidang.



Rabu, 14 Oktober 2020

Ayam Bercili serai

👉🏼 1ekor  ayam-dipotong 12,dibasuh bersih dan tos.Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng garing.Ketepikan.

Bahan kisar:

---------------------------

-2 labu bawang besar

-segengam cili kering=}dipotong direndam seketika.

Bahan lain:

----------------------

2 batang serai

Garam gula secukup rasa

½ cawan  air biasa (utk kuah)

Cara-cara masak:

---------------------------------------------

✨Panaskan minyak.tumis bahan kisar dan serai tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.

✨ Masukkan air sikit, masukan garam gula...kacau rata.

✨Masuk ayam yg sudah goreng..gaul bagi rata. Boleh lah tutup api.

Siap utk dihidang kan.





Selasa, 28 April 2020

Ayam korek-korek

Ayam korek-korek

👉🏼3 keping dada ayam hiris perap dgn sesudu tepung jagung, garam kunyit, goreng garing ketepikn

👉🏼Minyak ayam buang sikit, tumis
-4 ulas bwg putih cincng
-1 sb ciliboh/7 tgkai cili kering rebus dn blend dgn sedikit air.
-2 sb sos cili
-2 sb sos tomato
-2 sb sos tiram
-1 sb sos ikan
-1 1/2 sb gula

Agak nak garing sikit masuk syur yg ampa suka, wjib bubuh carrot, bunga kubis, kcg panjang , tp sis tmbah brocoli..jagung muda pun boleh jgk. Jgn lupa ketuk cabai melaka bubuh skali noh. Pedas lg sedapppp

Gaul 2mnit masukkn ayam td, tmbah garam sikit. Adjust rasa manis2 pedas gittewww..
Masuk Bwg besar hiris tebal skit dgn daun ketumbar, siap.

Kuah sos mst bersalut pada ayam dan syur.  tiada kuah banjir, kalo suka bnjir apa salahnya.

Dihidang bsama nsi putih/nsi grg, sambal blcan ulam timun sup kosong.

Kenapa korek-korek?
Pasai lauk di bawah, nk makan kena korek2 nasi baru la cakkkk jmpa lauk diaa...jgn lucah sgt na... Selamat Mencuba dan semoga terubat kerinduan pd unisel batang bjuntai mahupun kampung jaya setia ijok dan seangkatannya 🤣

#atenmasak
#atenshare
#jemputcuba


By:Fatin Razali

Selasa, 13 Ogos 2019

AYAM MASAK BERIANI RINGKAS. 

 🍄Bahan-Bahan:
Ayam - dipotong kecil
Rempah Beriani

Serbuk Kunyit
Bawang Kuning - dipotong dadu
Sos Tomato
Serbuk Stok Ayam
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak - untuk menggoreng
      🍄Bahan Tumis (Dikisar):
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
    🍄Cara Membuatnya:
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.

 Ayam dibersihkan.
 Ayam digaul dengan serbuk kunyit n garam.

Digoreng ½masak.

2. Panaskan minyak, tumis Bahan Tumis tadi sehingga pecah minyak.


3. Masukkan bawang kuning, masak sehingga layu.

4. Masukkan sos tomato, rempah beriani, serbuk stok ayam, garam dan gula. Kacau sebati.

5. Masukkan ayam dan air, biarkan masak hingga kuah pekat. Sedia untuk dihidangkan.


    ❤SELAMAT MENCUBA!❤

Rabu, 22 Mei 2019

Ayam Panggang Ala kenny Rogers

   Bahan-bahannya:
1labu.      Bawang besar
2ulas.       Bawang putih
1inci.        Halia
1sudu besar.   Marjerin
2sudu besar.   Minyak zaitun
1sudu besar.    Gula
1sudu kecil.     Garam
1kiub.              Pati ayam
💘Kisar semua bahan di atas 👆🏽👆🏽
Sekor ayam dibersihkan
Daun oregano
½botol kecil Sos lada hitam
2sudu besar. Sos tiram
1sudu kecil.  Lada sulah
👉🏽Semua tadi digaul bersama dan perap ayam selama 1jam atau lama lagi...Lagi lama lagi sedap..

👉🏽Kemudian bakar 160'c selama 1jam
👉🏽Siap untuk dihidang kan



Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...