Memaparkan catatan dengan label Aneka kuih-muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneka kuih-muih. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Jun 2020

Apam polkadot

🎀APAM POLKADOT 🎀
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Filling (blueberi, strawberi, Nutella @ coklat)
  • Pewarna

Cara-cara :

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
  3. Kemudian masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara berselang seli. Gunakan kaedah kaup balik (guna spatula).
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
  5. Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan menggunakan piping bag. Paper cup perlu di alas dengan acuan kuih lompang. Masukkan separuh dulu. Kemudian letakkan filling dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.
  6. Buatkan dot dot atau apa-apa corak di atasnya.
  7. Kukus selama lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.

Nota/Tips:

  • Resepi asal apam ni guna 1 cawan gula. Saya kurangkan kepada 3/4 sebab tak nak terlalu manis.
  • Pastikan telur dan gula di pukul sehingga betul-betul kembang untuk mendapatkan apam yang gebu.
  • Wajib menggunakan kaedah kaup balik semasa masukkan tepung untuk elakkan apam menjadi liat.
  • Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk elakkan apam merekah.



Selasa, 3 Mac 2020

KUIH BINGKA UBI

RESEPI KUIH BINGKA UBI
 Sebelum dibakar

 Sudah dibakar.


Bahan-Bahan :
__________________________

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
.
Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.

Khamis, 21 November 2019

KASUWI LABU

Ni semua gara² adik skupu Azdahuda Aziz laa ni tayang kasuwi pandan & kasuwi gula melaka dia.
Kite pon ade gak kasuwi, tp kite punye KASUWI LABU.....
alang² ada yg mintak resepi nye tadi jadi sis share laa kat sini yer utk tatapan umum..

KASUWI LABU

Bahan A
1/2 cwn air panas
1/2 cw gula kastor
(sbb sis x brpe suka manis jd sis ganti gula kastor, boleh aje nk guna gula pasir biasa tu)

Bahan B:
3/4 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung gandum
1sdk air kapur
Secubit garam
1cwn labu yg telah di lecek
(kukus dlu labunya sampai lembut)
1cwn santan @ susu cair

Cara²:
Satukan bahan A kacau hingga gula larut, kemudian campurkan kedalam bahan B  dan kisar halus (guna blander)

Sediakan loyang dan lapik plastik, tuang adunan tadi dan kukus hingga masak. Dah sejuk barulah potong guna pisau plastik pehtu golek2 kan laa dia ats kelapa parut.. siapppp!

SELAMAT MENCUBA
By:leenda Ahmad

Ahad, 17 November 2019

Talam

Niaga Kuih Talam kecil2an...Talam Jagung, Talam Labu Kuning, Talam Keledek, Talam Seri Muka dan Bingka Ubi. Besok seawal 2.30 am sdh bangkit buat persiapan. Ada yang sama turun niaga besok?

Sy edit post sbb ada yg nak resepi kuih talam. Mudahan perkongsian ni sdkit sebyk dpt membantu shbt2 yg berniat nk buat kuih talam.

RESEPI 1
Talam Keledek Ungu

Lapisan bawah

2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
Sedikit garam
2-3 titis pewarna violet (ungu)
Blend dan tuang ke dlm loyang
kukus 20 minit

Lapisan atas

250g keledek (potong dadu) kukus sehingga masak
2 cwn santan
1 cwn air (bancuh bersama 2 penutup perisa keladi)
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit garam
Blend dan tuang atas lapisan bawah
Taburkan buah keledek ungu ke dlm adunan lapisan atas
Kukus 20 minit

RESEPI 2
Bingka Ubi Kayu

Bahan2

6 cawan ubi parut
2 cawan santan pekat
1 sudu tea garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula apong/gula merah
Sedikit pewarna kuning

Cara2

Gaul semua bahan hingga sebati dan tuang ke dlm loyang.
Kukus selama 1 jam 20 minit atau sehingga masak dgn suhu 200° (api atas dan bawah)

RESEPI 3
Talam Labu Kuning

Lapisan bawah

2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
Sedikit garam
2-3 titis pewarna oren
Blend dan tuang ke dlm loyang
kukus 20 minit

Lapisan atas

250g labu (potong dadu) kukus sehingga masak
2 cwn santan
1 cwn air
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
2-3 titis warna kuning
Sedikit garam
Blend dan tuang atas lapisan bawah
Taburkan labu kuning ke dlm adunan lapisan atas
Kukus 20 minit


RESEPI 4
Seri muka

Lapisan Bawah

2 cwn pulut
2 cwn santan cair
1 sdk minyak
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2jam.

2. Masukkan pulut yg telah direndam kedalam loyang yg sudah digris minyak @ alas plastik. Tuangkan santan cair  yg dicampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30minit @ sehingga pulut masak.

3. Sementara tggu lapisan bawah masak, sediakan bahan² untuk lapisan bawah..

4. Setelah pulut masak, tekan²kan pulut sehingga padat..

5. Masukkan semula kedalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas

cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur gred B
50g tepung gandum
50gtepung kastard
25g tepung beras
1 sdk garam
Sedikit pasta pandan

CARA-CARANYA :

1. satukan santan, gula, dan telur kedalam blender dan kisarkan.

2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.

3. Kemudian masukkan adunan yg telah diblender kedalam periuk. Masakkan sebentar adunan td dgn api yg sgt perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jgn smpai mendidih ya) dalam 10minit. (Api kena perlahan)

4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut td dan kukus lg selama 20minit dgn api yg sederhana

Sarapan Talam Cendol & Bingka Jagung pagi ni...

RESEPI 1
Bingka Jagung (Loyang 10x10x3)

Bahan2
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan susu sejat (susu cair)
1 cawan gula
4 biji telur
3 sudu minyak jagung
1 cawan jagung (blender terlebih dahulu)
Sedikit pewarna kuning
1 tea spoon esen vanilla
Sedikit bijan

Cara2
*Blenderkan semua bahan2 hingga sebati kecuali bijan dan jagung
* Kemudian masukkan jagung ke dlm loyang
*Tabur bijan di permukaan adunan
* Bakar pada suhu 180° api atas bawah selama 50 minit atau hingga masak.

RESEPI 2

TALAM CENDOL (Loyang 10x10x3)

Lapisan bawah

Bahan A
130g gula
230g Tepung beras
1sdb tepung jagung
250ml Santan
500ml air
1 sdt garam

Bahan B
200g cendol

Panaskan kukus terlebih dahulu

Campurkan semua bahan Gaul hingga sebati...masak hingga naik wap. Masukkan cendol dan gaul sebati. Tuang ke dlm Loyang yg tlh disapu minyak dan dilapik plastik atau baking paper. Kukus selama 25 minit hingga masak..

Lapisan Atas

Bahan A

230g gula merah
500ml air

Masak hingga gula hancur shj...

Bahan B
180g tepung gandum
250ml santan 
2bj telur
1/2sdt garam
Sedikit Esen vanila

Cara2

Campurkan bhn A bersama bhn B. Kacau rata kemudian masak hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus 30 minit hingga masak. Lap penutup setiap 10 minit sekali utk mengelakkan air pengukus menitis.

By:Niessa Chang






Jumaat, 15 November 2019

Roti sambal terengganu

Selamat malam..
Mane set ganung.kenal dok mende niii
Sejenis kueh deh..dpn die name Roti hhahaa

Di pic last ad hok siap goreng dh...

Ok kite share resepi deh...

Utk roti..
Tpng gndum sekilo
Telo sutir
Garam 1sk
Gula 4 sb
Majerin 5sb(nk buh bnyk pn xpe)
Yis/ibu roti 1sb
Air suam
(sy uli semua bhn atah tu dgn air suam..uli sapa jd doh xlekat di tgn..dan biakn kmbg)dlm sejam /45 minit

Utk inti
Ikng selayang(ikut suke brp eko pn)
Rebus dlu..pahtu perisi(amik isi die)
Tumbuk sapa lumat.buh bwng meroh sutir,halia sikit(xse buh pn xpe)...
Goreng hingga ikng jd relai(bederai)..minyok sikitt jer deh...tmbh gula garam aji.last buh halba sikit kasi bauuuu yg menawan hahahha

Slmt mencuba..
By: Wan Murni






Sabtu, 9 November 2019

kuih keria pulut

Alhamdulilah mjdi kuih keria pulut mcm arwah mak wat dulu .. hasil duk tgk arwah mak wat dulu ..xpnh belajaq ..cuma ingt2 blik ja apa yg mak boh dlm bhn2 tu .. try wat mjdi .. syukurr .sedappp ooo keria pulutt .tmpt len xdak haiss kuih ni arwah mak wat sndri resipi dia ... try wat sikitt jaa ... al fatihah mak ayah
Keria pulut resipi arwah mak
...Tepung pulut 500 gram
Nyok mesin@kelapa  parut(mesin putih ye) 1cawan.
Gula ikot manis sndri
Secubit garam
Bijan rm2
Air agak2 ye
Cara: satu kan semua kecuali bijan .... air agak2 sndri smpai blh buat bentuk jgn lembik jgn keras ya .. pastu buat bentuk dg tngan bentuk donat ,dh siap lumur bijan td .. pastu.goreng .. api jgn slow jgn kuat ok ..
By: Khirul Asmaa Hj Mustafa




Jumaat, 25 Oktober 2019

CHOCOLATE CREAM

Nak share resepi CHOCOLATE CREAM JIMAT. Cream ni boleh dibuat inti roti, donut, jem dll. Macam dalam gambar saya guna untuk inti bomboloni.
Resepi asal dari: Che Ta Sintok
Diolah oleh: Jalilah Jamaludin
Bahan²:
300g Air susu kotak
30g Tepung jagung
20g  Serbuk koko
40g Gula (Boleh adjust ikut selera masing²)
80g Coklat bar (Nak lagi kuat coklatnya, tambah lagi. Che Ta guna 40g sahaja)
Secubit garam (Saya tambah)
15g Butter
Cara penyediaan:
1- Bancuh tepung jagung + serbuk koko dengan air susu sehingga tidak berketul.
2- Masukkan gula. Masak sekejap.
3- Masukkan coklat bar.
4- Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
5- Kacau sehingga likat.
6- Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak diatas dapur.
7- Tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
8- Tutup permukaan dengan plastil untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan.
EDIT: Simpan di dalam peti sejuk. Saya selalu guna habis sekali buat. Kalau nak simpan sehari dua should be okay.


Khamis, 17 Oktober 2019

Lidah buaya @ kuih tiram @ kapal terbang

salam sayang utk sahabat mahn...
hari ni akak wt kuih tiram utk hari raya.. adik2 akak yg baru nk try buat blh follow kt bawah ni... utk akak2 yg dh pndai abaikn je..
resepinya:
1 kg tpg gandum
4 sdb bumbu marjerin
1 bj tlur
sdikit garam
air sejuk peti secukupnya..
masuk kn tpg tlur marjerin garam ke dlm bekas... gaul menjadi serbuk roti..
slpas itu masukkan air sejuk peti td sdikit2.. sehingga menjadi doh ... langkah seterusnya bulat2 kn doh kpd beberapa bahagian.. ikut suka nk buat tiram bsr ke kcik..
amik doh td... gelek dgn penggelek.... sampai nipis sapu pes td...
gulung biar padat...
potng serong sdikit.. tpulang nk besar ke kcik..
dulang d tabur tpung.. dl
goreng dgn api perlahan...
balik 2x dh cukup..
selamat mencuba...
utk pes sapu...
6 sdb tpg ubi
6 sdb minyak masak
( adun sebati jd pes utk d sapu)...
bytgkhuzanika






utk pes sapu






Rabu, 25 September 2019

Churros

RESEPI CHURROS

1 cwn air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*

1 cwn tepung gandum
1 bj telur B

Cara2:

1. Satukn bahan2 bertanda * dlm kuali (sy guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut... dn mentega tu cair...

2. TUTUP api, masukkn tepung sikit2 smbil kacau dgn senduk... Trs je balik2 kn tepung tu smpai doh yg lembut terhasil... Klau doh tu berketul2, pedulikn jee...

3. Telur pukul dadar sikit dn tuang dlm doh. Doh masih panas, jd trs je uli2 dgn senduk... Bila doh dh sejuk sikit dn blh dipegang, uli la dgn tgn smpai betul2 sebati dn xde lg ketul2 tepung.
Tips : Doh yg cantik adalah doh yg licin dn agak kenyal. Tak melekat2 dekat tgn.

4. Masukkn doh dlm piping bag... Guna star nozle dan paipkn ats dulang yg dialas baking paper (tujuan xnk bg melekat je...)
Sementara dok paip Churros tu, blh la panaskn kuali minyak.

5. Goreng sehingga keemasan dn diangkat.

6. Sira dgn gula icing dn sedikit serbuk cinnamon. Lbh umph klau dip dlm sos coklat.

SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°°

100g coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
- cairkn secara double boile

Tips :

1. Ada bberapa resepi Churros yg sy dh try, bg sy ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dlm...
Ada resepi sy buat, Churros sy keras mcm belimbing besi... sbb tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dh cukup yee... klau lebih, kompen blh baling dinding.

2. Masa nk masukkn  tepung, kebykkn resepi suh perlahankn api... Tapi sy TUTUP API masa tu...
Ikut petua, Jgn uli tepung dgn air yg menggelegak... Ini utk mndptkn churros yg berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lbh lama...

3. Klau agak2 doh panas lg, x blh nk uli dgn tgn... blh je tunggu kejap, no hal 😁 Take ur time utk uli doh bg licin yee... x perlu trgesa2 sbb kuih ni xde istilah bantat ke ape...

4. Seelok2nya guna piping bag yg tebal klau xnk 10 kali tukar bag... klau piping bag nipis, kompom pecah.

5. Guna star nozle utk corak belimbing yg cantik. Klau nk guna acuan samprit pn blh. Pd yg x pentingkn rupa, nk gentel je pun xde masalah hehee...
Saiz Churros sy ni, agak2 dlm 2 inci setiap satu.

6. Pd yg expert pro master (hehee...) blh je paip trs dlm minyak yg panas...
Sy cuma amatur, jd sy paip dulu smua dlm dulang... sbb nk standardkn saiz. Pastu br campak smua sekali dlm kuali... masak pn seragam je...

Kredit: BBOS  Hasmunierni Mohamad

Isnin, 20 Mei 2019

Onde-onde atau buah melaka

      ❤Onde onde❤
  Bahannya:
-4cawan  tepung pulut
-1cawan air pandan tambah sedikit pewarna
(ikut warna yg nak)
-gula melaka atau gula nisan(potong dadu kecil)
-kepala parut putih secukupnya

  Caranya:
-tepung pulut n air dibancuh sehingga menjadi doh.
-buat bulat² masukan inti gula melaka/nisan,bulatkan balik
-buat sampai habis.Kemudian rebus biar sehingga doh tu timbul angkat dan gaul ngan kelapa parut yg sudah dicampur sedikit garam.
-siap......





Sabtu, 9 Februari 2019

Kuih cara manis

Kuih cara manis......

RESEPI KUIH CARA MANIS

2 Cawan tepung gandum
1 Biji telur
1 Cawan santan pekat@guna  kara pun boleh
1 Cawan air
1 Cawan air pandan (3 helai daun pandan di blend dgn secawan air)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Gula (sebagai inti)
Minyak masak (sapu pada acuan)

Campur tepung gandum/telur/air pandan/air/santan/garam. Kacau hingga sebati. Kemudian tapis.. Panaskan acuan.. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi. Letak gula ditengah kemudian tutup dgn penutup dlm 5-7 minit. Dh masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.. Selamat mencuba..


Jumaat, 9 November 2018

Resepi pau coklat

     🎀PAU coklat 🎀

Resepinya

     🌸Bahan A
-1 1/2 cawan air suam kuku
-1 paket yis
-2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
       🌸Bhn B
-4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
-3sdb shortening (sy guna marjerin je..xde stok shortening )
-2 sdb susu pekat manis
-1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
💕( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk atau berderai.)
     💕Inti:💕
-coklat masak koin atau coklat cip.
.
         🍄 Caranya🍄
✒Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B.
✒gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian.
✒peram doh dlm bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. ..dlm kereta..tmpt yg kena cahaya matahari...kalo nak peram dlm umah pun ok.. ...

Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang atau kertas..dah siap masukkan inti dalam semua doh. .peram lagi 18-20 minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15-18 minit jer)
.
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7-.8 minit guna api besar. .(balut pada penutup kukusan)

.     Belum dikukus.

Dah siap dikukus...

Tips =Setiap doh timbang 40 gram
Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
Utk dapatkan pau yg sentiasa lembut..simpan dlm bekas kedap udara..jgn biar terdedah pada udara..
.
SILAKAN SHARE. .
Photo by: zalindajalil
Kredit resepi: mariana zainal

Inti kacang merah.





Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...