Isnin, 20 Mei 2019

Biskut samperit susu

Samperit susu...
bahan2
1/2 cawan marjerin
1/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung jagung
1sb tepung kastad
1 titis pewarna kuning
1/2 tutup botol esen vanilla
Ceri dipotong dadu secukupnya

cara2
1) campur butter, susu pekat manis dan esen vanilla kemudian kacau dgn senduk ( bagi sebati je)
2) titis pewarna dlm adunan dan kacau bg warna rata
3) masuk 1 cawan tepung jagung, dan 1sb tepung kastad ke dlm adunan dan kacau sebati. kemudian, masukkan baki 1
cawan tepung jagung sikit demi sedikit sampai adunan menjadi dok doh (agak2 jgn terlalu keras dan jgan terlalu lembik) yg licin.
4) letak doh dlm acuan semperit dan tekan atas dulang yg telah di sapu butter.
5) letak coklat cip atau ceri di atas bunga semperit sebagai hiasan.
6) panaskan oven api atas bawah selama 5 minit dgn suhu 170'c
7) setelah oven panas, turunkan suhu oven ke 160'c. bakar biskut tadi selama 25minit atau sampai biskut masak ( bila tolak sikit, biskut tu berenjak dr tempatnya)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...