Rabu, 25 September 2019
CARA MENANGANI SUAMI PANAS BARAN
Assalamualaikum
Tidak semestinya. Itu dah mungkin perangai semula jadinya, sebagai isteri, kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami. Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya. Insyaallah.
Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah.
Di sini saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.
Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:
1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.
2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"
3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:
1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.
2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:
1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.
Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya.
Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.
Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.
Perkongsian dari sumber
Isteri permaisuriku
Nasi Goreng USA Ala Kedai Tomyam
Resepi Nasi Goreng USA Ala Kedai Tomyam
Nasi goreng USA menggabungkan nasi goreng belacan, daging masak merah, telur mata dan sambal belachan
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
300gm daging yang direbus dengan pewarna
3 biji bawang putih (diketuk)
1/2 bawang holland (dihiris)
2 inci halia
1 biji tomato
Cili padi
Cili merah
5 sudu sos cili
Sedikit air rebusan daging (warna merah)
Garam
Serbuk secukup rasa maggi
Nasi Goreng Belacan
Bahan-bahan:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 ibu jari belacan
Tumbuk lumat dan asingkan.
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
Dadukan.
Sedikit udang
4-5 pinggan nasi putih
1 mangkuk kangkung
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Tumiskan bahan-bahan dadu.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk sehingga sedikit coklat dan naik bau. Letak sos tiram dan kacau sebentar.
3. Masukkan udang. Goreng sehingga masak.
4. Masukkan nasi dan sayur.
5. Perasakan dengan sos ikan dan perasa-perasa yang lain.
Nasi dagang Terengganu
Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan, lapik daun pandan.
Kemudian tuangkan santan cair dan gaul rata beras, pulut dan santan sehingga sebati. Biarkan sekejap sehingga meresap.
Saya tak ikut resepi asal yang mana sepatutnya masakkan santan sampai berminyak. Saya tumis cili, kemudian masukkan semua bahan kisar bersama kayu manis dan asam keping.
Sambil masak gulai ni boleh la uruskan nasi dagang tu.
Churros
1 cwn air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cwn tepung gandum
1 bj telur B
Cara2:
1. Satukn bahan2 bertanda * dlm kuali (sy guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut... dn mentega tu cair...
2. TUTUP api, masukkn tepung sikit2 smbil kacau dgn senduk... Trs je balik2 kn tepung tu smpai doh yg lembut terhasil... Klau doh tu berketul2, pedulikn jee...
3. Telur pukul dadar sikit dn tuang dlm doh. Doh masih panas, jd trs je uli2 dgn senduk... Bila doh dh sejuk sikit dn blh dipegang, uli la dgn tgn smpai betul2 sebati dn xde lg ketul2 tepung.
Tips : Doh yg cantik adalah doh yg licin dn agak kenyal. Tak melekat2 dekat tgn.
4. Masukkn doh dlm piping bag... Guna star nozle dan paipkn ats dulang yg dialas baking paper (tujuan xnk bg melekat je...)
Sementara dok paip Churros tu, blh la panaskn kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dn diangkat.
6. Sira dgn gula icing dn sedikit serbuk cinnamon. Lbh umph klau dip dlm sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°°
100g coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
- cairkn secara double boile
Tips :
1. Ada bberapa resepi Churros yg sy dh try, bg sy ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dlm...
Ada resepi sy buat, Churros sy keras mcm belimbing besi... sbb tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dh cukup yee... klau lebih, kompen blh baling dinding.
2. Masa nk masukkn tepung, kebykkn resepi suh perlahankn api... Tapi sy TUTUP API masa tu...
Ikut petua, Jgn uli tepung dgn air yg menggelegak... Ini utk mndptkn churros yg berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lbh lama...
3. Klau agak2 doh panas lg, x blh nk uli dgn tgn... blh je tunggu kejap, no hal 😁 Take ur time utk uli doh bg licin yee... x perlu trgesa2 sbb kuih ni xde istilah bantat ke ape...
4. Seelok2nya guna piping bag yg tebal klau xnk 10 kali tukar bag... klau piping bag nipis, kompom pecah.
5. Guna star nozle utk corak belimbing yg cantik. Klau nk guna acuan samprit pn blh. Pd yg x pentingkn rupa, nk gentel je pun xde masalah hehee...
Saiz Churros sy ni, agak2 dlm 2 inci setiap satu.
6. Pd yg expert pro master (hehee...) blh je paip trs dlm minyak yg panas...
Sy cuma amatur, jd sy paip dulu smua dlm dulang... sbb nk standardkn saiz. Pastu br campak smua sekali dlm kuali... masak pn seragam je...
Kredit: BBOS Hasmunierni Mohamad
Selasa, 24 September 2019
Kari ikan tongkol.
Ayam kicap viral
AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng. 2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...

-
Ayam korek-korek 👉🏼3 keping dada ayam hiris perap dgn sesudu tepung jagung, garam kunyit, goreng garing ketepikn 👉🏼Minyak ayam buang...
-
Antara bahagian yang paling saya suka tentang kek ialah masa menulis. Dah lama tinggalkan sekolah, jadi kita menulis atas kek aje lah. Bukan...
-
Siapa sni suka mkn keropok ni....kmi pggl keropok bawang..hmpa pggl keropok ap ye...Bila dh bosan xtw nk buat apa...jd kita buat keropok je...