Jumaat, 25 Oktober 2019

CHOCOLATE CREAM

Nak share resepi CHOCOLATE CREAM JIMAT. Cream ni boleh dibuat inti roti, donut, jem dll. Macam dalam gambar saya guna untuk inti bomboloni.
Resepi asal dari: Che Ta Sintok
Diolah oleh: Jalilah Jamaludin
Bahan²:
300g Air susu kotak
30g Tepung jagung
20g  Serbuk koko
40g Gula (Boleh adjust ikut selera masing²)
80g Coklat bar (Nak lagi kuat coklatnya, tambah lagi. Che Ta guna 40g sahaja)
Secubit garam (Saya tambah)
15g Butter
Cara penyediaan:
1- Bancuh tepung jagung + serbuk koko dengan air susu sehingga tidak berketul.
2- Masukkan gula. Masak sekejap.
3- Masukkan coklat bar.
4- Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
5- Kacau sehingga likat.
6- Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak diatas dapur.
7- Tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
8- Tutup permukaan dengan plastil untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan.
EDIT: Simpan di dalam peti sejuk. Saya selalu guna habis sekali buat. Kalau nak simpan sehari dua should be okay.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...