Terdapat banyak gula putih dalam tekstur dan fungsi yang berlainan.
Hari ini biar kami cerita sikit apa perbezaan di antara gula kastor dan gula aising:
🔸Gula Kastor
✅Gula dalam kategori gula putih
✅Lebih halus dari gula halus, mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur.
✅Pilihan terbaik untuk membuat kek, biskut, pastri, roti.
🔸Gula Aising
✅Gula paling halus dalam kategori gula putih.
✅Ia bukan 100% gula, kerana telah dicampur dengan tepung jagung.
✅Kebanyakkan digunakan untuk pembuatan biskut.
Jumaat, 26 Jun 2020
Jumaat, 19 Jun 2020
Apam polkadot
🎀APAM POLKADOT 🎀
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu teh baking powder
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- Filling (blueberi, strawberi, Nutella @ coklat)
- Pewarna
Cara-cara :
- Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
- Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
- Kemudian masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara berselang seli. Gunakan kaedah kaup balik (guna spatula).
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
- Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan menggunakan piping bag. Paper cup perlu di alas dengan acuan kuih lompang. Masukkan separuh dulu. Kemudian letakkan filling dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.
- Buatkan dot dot atau apa-apa corak di atasnya.
- Kukus selama lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
Nota/Tips:
- Resepi asal apam ni guna 1 cawan gula. Saya kurangkan kepada 3/4 sebab tak nak terlalu manis.
- Pastikan telur dan gula di pukul sehingga betul-betul kembang untuk mendapatkan apam yang gebu.
- Wajib menggunakan kaedah kaup balik semasa masukkan tepung untuk elakkan apam menjadi liat.
- Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk elakkan apam merekah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Ayam kicap viral
AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng. 2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...

-
Ayam korek-korek 👉🏼3 keping dada ayam hiris perap dgn sesudu tepung jagung, garam kunyit, goreng garing ketepikn 👉🏼Minyak ayam buang...
-
Antara bahagian yang paling saya suka tentang kek ialah masa menulis. Dah lama tinggalkan sekolah, jadi kita menulis atas kek aje lah. Bukan...
-
Siapa sni suka mkn keropok ni....kmi pggl keropok bawang..hmpa pggl keropok ap ye...Bila dh bosan xtw nk buat apa...jd kita buat keropok je...