Selasa, 24 September 2019

Kari ikan tongkol.


Kari Ikan Tongkol.
  🖤Bahan-bahan diperlukan:
-1 ekor ikan tongkol hitam sederhana besar
-2 biji terung , 10 biji tomato cherry, dibersihkan dan di belah-belah.
-2 susu besar serbuk kari ketam adabi, 1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi, 1 sudu besar serbuk cili
  👉🏽bahan kisar
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 inci halia
  👉🏽 rempah penumis
-1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 biji cengkih, 3 biji buah pelaga, secubit biji sawi
-1 senduk santan kara
-1/2 gelas air asam jawa cair
-garam, serbuk perasa dan air secukupnya
-minyak untuk menumis.
🖤Cara menyediakan dan memasak:
🎀ikan dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa untuk 10 minit.
🎀serbuk kari ketam, ayam dan serbuk cili di satukan dan di campur dgn setengah gelas air. kacau hingga sebati menjadi pes
🎀panaskan kuali untuk menumis rempah penumis, diikuti dengan bahan2 kisar. tumis hingga kekuningan dan naik bau.
🎀masukkan pes 3 jenis serbuk tadi dan tumis lagi sehingga ringan dan garing.
🎀masukkan air asam jawa cair, dan kacau. biarkan mendidih.
🎀cuci sekali lagi ikan yang telah direndam dgn air asam tadi dan masukkan kedalam kuah yang telah mendidih, di ikuti dengan terung dan santan. biarkan mendidih sekali lg.
🎀setelah mendidih, sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya. masukkan garam dan serbuk perasa.
🎀akhir sekali, selepas mendidih dgn sempurna, masukkan tomato dan tutup tudung periuk biarkan 3 minit sebelum tutup api.
dah sedia untuk dihidang..!


Selasa, 27 Ogos 2019

MUFFIN COKLAT CHIP

RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP
.
.
Bahan-bahan:
• 1 3/4 cawan tepung gandum
• 1/4 cawan serbuk koko
• 1 cawan gula perang
• 1 sk baking powder
• 1 sk soda bikarbonat
• 1/2 sk garam
• 1 cawan fresh milk
• 1 biji telor (pukul sikit)
• 1/3 cawan minyak @ butter yang dicairkan
• 1 sk esen vanila
• Choc chips secukupnye
.
Cara-cara:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata, masukkan campuran tepung tadi, kacau rata, masukkan choc chips.

3. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar suhu 170 api atas bawah, ikut oven masing-masing selama 20 minit @ hingga masak.

4. Tips untuk memastikan kejadian muffin yang gebu dan moist pastikan kacau campuran bahan kering dan basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yang kering dan keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar untuk menghasilkan muffin yang kembang montoks naiknya ok.


Selasa, 13 Ogos 2019

AYAM MASAK BERIANI RINGKAS. 

 🍄Bahan-Bahan:
Ayam - dipotong kecil
Rempah Beriani

Serbuk Kunyit
Bawang Kuning - dipotong dadu
Sos Tomato
Serbuk Stok Ayam
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak - untuk menggoreng
      🍄Bahan Tumis (Dikisar):
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
    🍄Cara Membuatnya:
1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.

 Ayam dibersihkan.
 Ayam digaul dengan serbuk kunyit n garam.

Digoreng ½masak.

2. Panaskan minyak, tumis Bahan Tumis tadi sehingga pecah minyak.


3. Masukkan bawang kuning, masak sehingga layu.

4. Masukkan sos tomato, rempah beriani, serbuk stok ayam, garam dan gula. Kacau sebati.

5. Masukkan ayam dan air, biarkan masak hingga kuah pekat. Sedia untuk dihidangkan.


    ❤SELAMAT MENCUBA!❤

Rabu, 22 Mei 2019

Ayam Panggang Ala kenny Rogers

   Bahan-bahannya:
1labu.      Bawang besar
2ulas.       Bawang putih
1inci.        Halia
1sudu besar.   Marjerin
2sudu besar.   Minyak zaitun
1sudu besar.    Gula
1sudu kecil.     Garam
1kiub.              Pati ayam
💘Kisar semua bahan di atas 👆🏽👆🏽
Sekor ayam dibersihkan
Daun oregano
½botol kecil Sos lada hitam
2sudu besar. Sos tiram
1sudu kecil.  Lada sulah
👉🏽Semua tadi digaul bersama dan perap ayam selama 1jam atau lama lagi...Lagi lama lagi sedap..

👉🏽Kemudian bakar 160'c selama 1jam
👉🏽Siap untuk dihidang kan



Isnin, 20 Mei 2019

Onde-onde atau buah melaka

      ❤Onde onde❤
  Bahannya:
-4cawan  tepung pulut
-1cawan air pandan tambah sedikit pewarna
(ikut warna yg nak)
-gula melaka atau gula nisan(potong dadu kecil)
-kepala parut putih secukupnya

  Caranya:
-tepung pulut n air dibancuh sehingga menjadi doh.
-buat bulat² masukan inti gula melaka/nisan,bulatkan balik
-buat sampai habis.Kemudian rebus biar sehingga doh tu timbul angkat dan gaul ngan kelapa parut yg sudah dicampur sedikit garam.
-siap......





Biskut samperit susu

Samperit susu...
bahan2
1/2 cawan marjerin
1/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung jagung
1sb tepung kastad
1 titis pewarna kuning
1/2 tutup botol esen vanilla
Ceri dipotong dadu secukupnya

cara2
1) campur butter, susu pekat manis dan esen vanilla kemudian kacau dgn senduk ( bagi sebati je)
2) titis pewarna dlm adunan dan kacau bg warna rata
3) masuk 1 cawan tepung jagung, dan 1sb tepung kastad ke dlm adunan dan kacau sebati. kemudian, masukkan baki 1
cawan tepung jagung sikit demi sedikit sampai adunan menjadi dok doh (agak2 jgn terlalu keras dan jgan terlalu lembik) yg licin.
4) letak doh dlm acuan semperit dan tekan atas dulang yg telah di sapu butter.
5) letak coklat cip atau ceri di atas bunga semperit sebagai hiasan.
6) panaskan oven api atas bawah selama 5 minit dgn suhu 170'c
7) setelah oven panas, turunkan suhu oven ke 160'c. bakar biskut tadi selama 25minit atau sampai biskut masak ( bila tolak sikit, biskut tu berenjak dr tempatnya)






Khamis, 14 Mac 2019

*Nasi Lemak Kukus*

Nasi Lemak Pandan💚💚💚masak sambal nasi lemak nak sedap nina  tak letak bawang putih dan halia.Nina guna bawang besar&bawang merah je 3,4hari  tak masuk peti ais pun sambal tak basi.

Sambal nak sedap nak tahan lama nak kaler dia merah gelap kena masak hingga betul2 pecah minyak.Minyak untuk menumis tu nina guna minyak yang lebihan goreng ikan bilis Nasi nak bagi cantik berderai lambat basi nina kukus...

*Sambal Nasi Lemak*

-3genggam cili kering potong cuci bersih dan rebus hingga lembut
-3biji bawang besar
-7ulas bawang merah
-belacan sikit je
*kisar cili kering,bawang besar,bawang merah dan belacan bersama sedikit air
*1keping asam keping@sedikit asam jawa
*gula(nak guna gula melaka pun boleh lagi sedap)
*garam secukup rasa
*minyak untuk menumis

*tumis bahan kisar hingga betul2 garing
*kalau pekat sangat boleh tambah air sikit
*masukkan asam keping masak@reneh lagi hingga pecah minyak
*perasakan gula garam,ikan bilis nina masukkan sikit je dalam sambal tu

*Nasi Lemak Kukus*
-beras(cuci bersih)
-santan(sukatan santan ni sama dengan paras beras)
*santan tu campur air sikit xnak bagi nasi berat@muak sangat)
-2helai daun pandan
-1sudu kecil garam
-2sudu besar minyak masak
-3,4ulas bawang merah
-1inci halia
*nak buat nasi lemak pandan boleh kisar 3,4helai daun pandan dan tapis

*panaskan kukusan
*satukan semua bahan dalam bekas tahan panas(nina guna loyang)
*kukus nasi hingga masak
-nasi cantik berderai,tak berkerak dan lambat basi

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...