Ahad, 17 Februari 2019

Kek butter cheese

KEK BUTTER CHEESE 💞
👉Bahan ayak:
2cawan tepung gandum
1sudu kecil serbuk penaik
👉bahan-bahan:
250gm    butter
200gm    cream cheese tatura
1cawan   gula halus
5biji          telur
1sudu kecil esen vanila
   💕cara-caranya:
➡️mix butter, gula hingga gebu dan kembang. 
➡️masuk kan telur satu persatu mix lagi hingga gebu. 
➡️masukkan cream cheese mix dan masukan esen vanila mix lagi hingga betul² gebu. 
➡️kemudian masukkan bahan ayak, kaup balik kan sehingga sebati dan sekata. 
➡️sapu loyang dengan butter ataupun marjerin kemudian tuang adunan. 
➡️panaskan oven 10minit dulu, baru masukkan adunan dan bakar selama 50minit suhu 160darjah ikut oven masing². 



Dah boleh makan. 

Sabtu, 9 Februari 2019

Kuih cara manis

Kuih cara manis......

RESEPI KUIH CARA MANIS

2 Cawan tepung gandum
1 Biji telur
1 Cawan santan pekat@guna  kara pun boleh
1 Cawan air
1 Cawan air pandan (3 helai daun pandan di blend dgn secawan air)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Gula (sebagai inti)
Minyak masak (sapu pada acuan)

Campur tepung gandum/telur/air pandan/air/santan/garam. Kacau hingga sebati. Kemudian tapis.. Panaskan acuan.. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi. Letak gula ditengah kemudian tutup dgn penutup dlm 5-7 minit. Dh masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.. Selamat mencuba..


Jumaat, 8 Februari 2019

Aiskrim Homemade

Pada mereka yg nak resepi tadi.. Ni sy share ..

Aiskrim Homemade

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
1 sdbesar tpg jagung..

Semua ni didihkan n sentiasa kacau tau
Sejukkkan dulu..
Baru letakkan 1sdbesar ovallate dan 1sdkecil esen vanila
Mixerkan bhn ni tahap max mgkin dlm 30 min atau sampai gebu..
Nak tahu gebu ke x.. Bhn jadi 2x ganda dari asal..
Letakkan perisa yg uolls suka..
Bekukan semalaman

Slmt mencuba

Kredit Resepi : Zamzuraini Mat Akhir

Rabu, 23 Januari 2019

Selasa, 22 Januari 2019

mushroom masak china style.

Dried mushroom masak china style..

Bahan :

Dried mushroom
Ayam bahagian kepak
1 bijik bawang besar
4 bawang putih
Halia besar ibu jari
3sudu mkn soya sos
3sudu mkn kicap cair
1sudu kecil t,jagung yg di bancuh sedikit air

Cara :

Rendam dulu mushroom dengan air suam dlm 10-15minit..potong ikut cita rasa ,cuci bersih ,tapiskan

Potong ayam kecil2 ,basuh bersih..

Potong kasar bawang besar dn halia..bawang putih di poting halus

Panaskn kuali ,tumis bawang merah ,bawang putih,dn halia smpai wanggi..masukkn ayam ,tumis seketika..masukkn pulak mushroom,kacau sebati..biarkan ayam masak seketika..masukkn sedikit air ,sos tiram ,sos soya ,kacau rata..bila ayam dh masak last sekali masukkn tepung jagung yg dh di bancuh air tadi..perasakan dgn sedikit garam klau kurang masin..biarkn kuah menjadi pekat tutup api..siaaappp..

Selamat mencuba.


Sabtu, 12 Januari 2019

Nasi goreng ayam

~Bahan² nasi goreng~
⇨4cawan nasi sejuk.
⇨200gram  isi ayam dipotong dadu.
⇨sedikit lobak merah
⇨sedikit sawi
⇨sedikit sayur kobis
⇨1ulas bawang merah-cincang.
⇨2ulas bawang putih-diketuk.
⇨4tangkai cili padi -diketuk
⇨garam gula secukup rasa.
⇨1biji telur
⇨2sudu besar cili kisar, sos cili, sos tiram.
⇨Kicap secukupnya
-Panaskan minyak,masukan bawang merah dan bawang putih serta cili padi sehingga naik Bau.
-masukan cili kisar,sos cili dan sos tiram,kacau bagi rata.
-masukan isi ayam,lobak merah,sayur kobis masak seketika sehingga ayam tu masak.
-masukan sedikit air,garam,gula kacau sebati.
-masukan nasi kacau rata.last masukan sawi dan kicap kacau lagi pecah kan telur kacau sebati dan sekata.siap.
 🍒~Bahan ayam celup tepung.~
-6 ketul.   Ayam
-2cwn tepung gandum
-2cwn tepung beras
-2cwn tepung jagung
-1sudu kecil serbuk cili.
-sedikit garam dan serbuk kunyit
🍁Gaul semua bahan ⇧⇧ sehingga sebati. Kemudian goreng garing siap.
Boleh dihidangkan bersama nasi berserta sup kosong.


Selasa, 20 November 2018

RESEPI BISKUT SAMPERIT SUSU

RESEPI BISKUT SAMPERIT SUSU




bahan2
1/2 cawan butter
1/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung jagung
1sb tepung beras
1sb tepung kastad
1 titis pewarna kuning
1/2 tutup botol esen vanilla
coklat cip secukupnya

cara2
1) campur butter, susu pekat manis dan esen vanilla kemudian kacau dgn senduk ( bagi sebati je)
2) titis pewarna dlm adunan dan kacau bg warna rata
3) masuk 1 cawan tepung jagung , 1sb tepung beras dan 1sb tepung kastad ke dlm adunan dan kacau sebati. kemudian, masukkan baki 1
cawan tepung jagung sikit demi sedikit sampai adunan menjadi dok doh (agak2 jgn terlalu keras dan jgan terlalu lembik) yg licin.
4) letak doh dlm acuan semperit dan tekan atas dulang yg telah di sapu butter.
5) letak coklat cip di atas bunga semperit sebagai hiasan.
6) panaskan oven api atas bawah selama 5 minit dgn suhu 170'c
7) setelah oven panas, turunkan suhu oven ke 160'c. bakar biskut tadi selama 25minit atau sampai biskut masak ( bila tolak sikit, biskut tu berenjak dr tempatnya)

sumber resepi
fb azlina ina


Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...