Jumaat, 25 Oktober 2019

CHOCOLATE CREAM

Nak share resepi CHOCOLATE CREAM JIMAT. Cream ni boleh dibuat inti roti, donut, jem dll. Macam dalam gambar saya guna untuk inti bomboloni.
Resepi asal dari: Che Ta Sintok
Diolah oleh: Jalilah Jamaludin
Bahan²:
300g Air susu kotak
30g Tepung jagung
20g  Serbuk koko
40g Gula (Boleh adjust ikut selera masing²)
80g Coklat bar (Nak lagi kuat coklatnya, tambah lagi. Che Ta guna 40g sahaja)
Secubit garam (Saya tambah)
15g Butter
Cara penyediaan:
1- Bancuh tepung jagung + serbuk koko dengan air susu sehingga tidak berketul.
2- Masukkan gula. Masak sekejap.
3- Masukkan coklat bar.
4- Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
5- Kacau sehingga likat.
6- Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak diatas dapur.
7- Tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
8- Tutup permukaan dengan plastil untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan.
EDIT: Simpan di dalam peti sejuk. Saya selalu guna habis sekali buat. Kalau nak simpan sehari dua should be okay.


Rabu, 23 Oktober 2019

Kek coklat mousse

Kek coklat mousse...favourite anak2...ada balance lagi sikit... Cukup buat desert anak2 lps lunch... Bukan saja senang nak buat tapi sangat sedap....
Update resepi:
🍁Kek Coklat Mousse🍁
    👉Kek coklat moist
(Sy buat 1/2 adunan shj)
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula kasar... Nk guna 3/4 shj pun boleh..
1 cwn minyak masak nk lg sedap guna myk jagung
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
Cara2:
👉Masak atas api perlahan 5 minit atau sehingga gula hancur dan semua bahan sebati..ketepikan..
Bahan B
1 cwn tpg gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
👉Ayak semua bahan di atas.👆👆
Bahan C
4 biji telur gred A -  blend sekejap sampai nampak kembang... Saya nak cepat whisk aje .
Next... Masukkan Bahan B berselang seli dgn Bahan C ke dalam Bahan A. Kacau sebati.. Guna whisk je... Senang.... Grease dan lapik loyang 8 @9 inci. Kukus selama 1 jam atau sampai masak. Sebelum kukus tutup adunan dengan plastik cling wrap tu... Air tak masuk... Guna api besar ya tapi jgn la besar sgt  sy guna steamer trio hihi nak senang...
❤Mousse coklat
Bahan2
60gm Coklat masakan.. Sy guna dark beryls
200gm non dairy whipping cream
         👉 Cara2
Double boil coklat... Ketepikan
Putar cream sampai soft peak maknanya LEMBUT shj.. Jgn stiff peak nnt mousse rasa kasar.
Masukkan coklat cair... Terus putar sekejap... Agak2 dah boleh lepa stop.
👉Kek dah sejuk boleh la potong, layer dan lepa ikut kesukaan masing2. Kemudian tuang coklat ganache atas kek. Sejukkan sekejap... siap. Coklat ganache boleh pakai mana2 resepi sbb saya buat main agak2 aje .Ok,selamat mencuba
💕 Perhatian :
      1 adunan kek= 2 adunan mousse
      Kek coklat moist boleh pakai
      mana2 resepi. Credit resepi asal
      kek Pn. Munira Baharom.



Khamis, 17 Oktober 2019

Lidah buaya @ kuih tiram @ kapal terbang

salam sayang utk sahabat mahn...
hari ni akak wt kuih tiram utk hari raya.. adik2 akak yg baru nk try buat blh follow kt bawah ni... utk akak2 yg dh pndai abaikn je..
resepinya:
1 kg tpg gandum
4 sdb bumbu marjerin
1 bj tlur
sdikit garam
air sejuk peti secukupnya..
masuk kn tpg tlur marjerin garam ke dlm bekas... gaul menjadi serbuk roti..
slpas itu masukkan air sejuk peti td sdikit2.. sehingga menjadi doh ... langkah seterusnya bulat2 kn doh kpd beberapa bahagian.. ikut suka nk buat tiram bsr ke kcik..
amik doh td... gelek dgn penggelek.... sampai nipis sapu pes td...
gulung biar padat...
potng serong sdikit.. tpulang nk besar ke kcik..
dulang d tabur tpung.. dl
goreng dgn api perlahan...
balik 2x dh cukup..
selamat mencuba...
utk pes sapu...
6 sdb tpg ubi
6 sdb minyak masak
( adun sebati jd pes utk d sapu)...
bytgkhuzanika






utk pes sapu






kek vanilla span

kek vanilla span..mmg betoi² gebu n ringan mcm span 
KEK SPAN VANILLA
3 biji telor gred b
1 cawan gula(xmau manis buleh kurangkn)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1sdb ovalett
2sdb susu tepung
1sdk baking powder
1sdk esen vanilla(sy bli kt kedai bakery sb dia lg wangi)
mixed telor,gula,esen vanilla dn ovalett sampai betol² kembang n gebu puteh..
masukkan tepung yg dh d ayak gn baking powder n susu tepung.
mixed sampai sebati..
masukkan susu pekat n myk jagung..mixed semua sehingga sebati adunan.
panaskan oven dulu..loyang sapu butter sikit..(loyang saiz 8)
bakar suhu 165¢ masa 40-45 minit@ sehingga masak (kena pandai main suhu klu nk kaler kek cantik)
p/s-corak atas tu ikut kreativiti masing²..ambik adunan sikit utk bt corak kt atas..kaler pun ikut suka hati yaa 
SELAMAT MENCUBA
credit : Siti Hadirah‎



Rabu, 16 Oktober 2019

Kek choc Indulgence

Mana mungkin ini kek 3 bahan. Berbahan-bahan kena cari baru boleh buat. Nah resipi Indulgence yang ntah ke berapa kali saya share.

Kek choc Indulgence

Resipi kek span coklat:
300g sponge mix coklat
300g telur
60g air
Sedikit esen vanila
60g minyak sayuran

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9". Bakar suhu 170' selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya..
Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.

Bahan untuk mousse coklat:
150g dark compound
300g non dairy whipping cream

Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
Putar whipping cream hingga gebu.
Satukan dua bahan ni.

Bahan untuk mousse putih:
150g white compound
300g non dairy whipping cream

Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.

Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.

Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.

Bahan untuk melepa keseluruhan kek:

300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul hingga kental

Bahan ganache coklat:
300g dark compound
150g whipping cream
1sb marjerin

Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.

Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing. 😊

kek karamel pelangi versi kukus

   💕Resepi kek karamel pelangi versi kukus💕

2sb gula kasar....taburkan dlm loyang bg rata n bakar dlm oven lbh kurang 4 mnt atau sehingga gula cair n perang..jgn bg hangus ye....ketepi kan....

Bahan2 untuk karamel:
1tin susu cair..
1/3 cawan susu pkt....kalau suka manis bleh tambah lg...
2 sudu besar tpg kastard...
3 biji telur..
2 biji kuning telur shj..
Sedikit esen vanila...

Blender jer semua ni bg sebati n berbuih2.

Masukkan dlm loyang yg berisi gula hangus td...kukus selama 20 atau 25 mnt....jgn lama sgt tauu....

Ok....bahan2 untuk kek pula...alaa. resepi kek myk pelangi yg biasa tu jer....

5 biji telur gred A

2 sudu besar gula kastor...

1 cawan myk masak..

apa2 myk masak jer..myk jagung lg elokk ye...harga pun kne lah up sikit bila guna myk jagung...jgn guna myk urut atau myk afiat yee..haruuuu..

2 cwn atau 250 gram tpg naik sendiri..mm guna jenama mfm...

1 sudu besar ovalette....

Mcm biasa ler esen vanila sikit...
Pewarna ikut ler nk warna apa...

Cara mokmoh..sng jer....campurkn semua sekali n mixer ler sampai putih n gebu.....

lps tu boleh ler bahagi2 kn apa jer warna yg korang nk.....

cucuk2kn dulu permukaan karamel yg dah suam2 kuku td...jgn ltk kek masa karamel panas2 tau..nnti terbantutt kek korang....

ltk ler elokk2...selang seli kaler tu sampai habis......
then kukus ler selama 1 jam kalau korang guna loyang 8 in atau 9 in....
kalau loyang 5 in boleh bahagi 6 atau 5...loyang 6 in dpt 4..kukus slm setengah jam..

ni satu pesanan terpenting......api kukus tu jgn kuat ye....n steamer trio x sesuai...... Nnti kek korang terbantuttt tumbesarannya......

credit : Teratai Putih






Rabu, 25 September 2019

CARA MENANGANI SUAMI PANAS BARAN

CARA MENANGANI SUAMI PANAS BARAN

Assalamualaikum

Tidak semestinya. Itu dah mungkin perangai semula jadinya, sebagai isteri, kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami. Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya. Insyaallah.

Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah.

Di sini saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.

Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya.

Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

Perkongsian dari sumber
Isteri permaisuriku

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...