Ahad, 30 September 2018

Sambal tumis

Setel utk Bulan Puasa ni.pes Asam Pedas.pes Masak Sambal.pes Nasi Goreng Kg.Sambal Tumis & Lada siap blend.ada kawan2 yg mcm sy.balik keje nanti terus Masak je.
Sy sertakan resepi Pes sy yg simple ni.
Boleh tambah baik @ tmbhn bahan yg sesuai.
- Pes Asam Pedas
Bawang Kecil
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Lada blend
- Pes Masak Sambal
Bawang Kecil
Bawang Putih
Halia
Lada Blend
- Pes Nasi Goreng Kampung
Bawang Kecil
Bawang Putih
Cili Api
Ikan Bilis
Belacan
- Sambal Tumis
Bawang Kecil
Bawang Putih
Ikan Bilis
Lada blend
Belacan sikit
Air Asam
Gula Garam
Blend semua dan tumis hingga kering air dan  pecah minyak.
Sejukkan masuk dlm bekas2 kecil utk sekali masak dan simpan dlm freezer sejuk beku.
Kawan2 yg ada tips lain boleh share sekali kat sini

Khamis, 27 September 2018

Puding Sumi

    Puding Sumi

 Bahan-bahan :

1peket               Agar-agar tali
4cawan             Air
2cawan             Gula pasir 
1tin                     Susu tin 
2peket                sumi @ jeli
1sudu kecil        berwarna -ikut pilihan 
1sudu besar      gula batu

  Cara-cara nya:

👉panaskan air, masukan agar² tali masak sehingga agar² larut. 
👉Kemudian masukan gula pasir, gula batu dan susu cair, kacau pelahan sehingga gula larut. 
👉Sebelum tu susun sumi @ jeli kedalam loyang, kemudian simpan dalam peti ais seketika. 
👉Adunan tadi dah sebati boleh lah dibahagikan beberapa bahagian dan letak warna. 
👉Kemudian tuang kedalam loyang berselang-seli warna. 
👉

KEK SPAN PANDAN RINGKAS

    Kek Span Pandan Ringkas.
*4biji                telur
*1cawan         gula halus
*1sudu kecil   ovalete
1cawan            minyak
2sudu besar    susu pekat
1sudu besar    esen pandan
2cawan            tepung gandum
1sudu kecil      serbuk penaik
    CARA-CARA:
❤pukul bahan yang bertanda * sehingga kembang putih dan gebu.
❤masukkan minyak, susu pekat, esen pandan pukul hingga sebati.
❤last sekali masukkan tepung, serbuk penaik dan perwarna hijau. Gaul rata.
❤tuang ke dalam loyang yang telah digris minyak.
❤Bakar pada suhu 150'c selama 40-45minit. Ikut oven masing-masing.








Selasa, 18 September 2018

Kentang goreng homemade

Resepi kudap-kudap untuk petang ni.
Makan sambil layan drama sedap juga ..
Bahan-bahan
(Bahan ni agak2 je .. nak banyak lebihkan bahan2 nye nanti)
2 biji Ubi kentang
setengah cawan tepung goreng Adabi . pakai tepung beras pun boleh campur dengan soda bikarbonat sikit
sedikit rempah kari
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng (kuantiti yang banyak)
Cara-caranya
kupas ubi kentang dan basuh sampai bersih
Potong ubi kentang ikut macam bentuk kentang McD ke KFC ke supaya kentang masak sama rata..
Rebus kentang sampai separuh masak .. Jangan terlalu lama sebab nanti nak goreng pulak dah jadi lembik
Bila dah separuh masak angkat dan toskan sampai betol2 kering .. Tunggu kentang sejuk sedikit
Dah sejuk .. gaulkan kentang dengan tepung goreng Adabi , rempah kari dan taburkan sedikit garam dalam tepung
Panaskan minyak untuk menggoreng .. Pastikan minyak banyak dan  goreng kentang bagi tenggelam ..
Goreng sampai kekuning kuningan dan angkat ..
dah pun siap !
Selamat mencuba 珞

Koleksi resepi











Ahad, 16 September 2018

Donut gebu

Donut gebu. 
½kg                      Tepung gandum 
3sudu makan      Susu pekat 
3sudu makan       Marjerin 
1peket                   Yis maurifan
1cawan                  air suam kuku
1sudu makan           gula pasir 
   Cara-cara :
👉satu kan dalam bekas yis,gula dan air suam biarkan sehingga naik buih.
👉Dalam bekas lain,masukkan tepung,susu,marjerin dan serbuk penaik double action,digaul dan diramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk atau berderai.
👉kemudian tuang bancuhan yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika perlu. 
👉rehat 10minit, kemudian tumbuk² utk buang angin.kemudian uli lagi.
👉canaikan dan terap acuan donut,kemudian boleh digoreng dan tos.
👉tunggu donut sejuk boleh gaul dengan gula halus atau topping kesukaan.
✨Doh ini juga boleh buat pau,roti sosej, burger malaysia dan macam² boleh buat.. 







Kek span marble

Kek Span Marble... Lembut dan gebu

Kek Span Marble

Bahan2nya...

3 biji telur*
½ cawan gula*
1 sb ovalete*
1 sk esen vanilla*
¾ cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
¼ cawan susu cair*
Secubit garam*
3 sb minyak masak
1 sb serbuk koko

Cara2nya...

Mix semua bahan2 bertanda* sehingga putih gebu... matikan mixer, masukkan minyak masak n gaul sampai rata
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian,satu bahagian dicampurkan dgn serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal... Tuangkan adunan ke dlm loyang bersaiz5@6 yg telah disapu dgn butter atau dilapik dgn baking paper secara selang seli sehingga habis...
Bakar selama 35 hingga 40 minit dgn suhu 170°c@180°c,
api atas bawah atau bergantung pd oven masing2...
Selamat mencuba



Kek coklat moist kukus

RESEPI KEK CHOCOLATE

 3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
~Masukkan semua bahan  dlm blender n kisar lbih kurang 5 mnit

Bahan2 ayak:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
~ msukkan adunan yang telah dikisar bersama tepung n kaup balikkan... Tapis n letak dlm loyang... Kukus 45 mnit @ bakar 180°c 45 mnit

Topping

1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair

Campur semua .. masak secara double boil .
Jika nak.lagi leleh .. tambahkan lagi susu cair sedikit.

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...