Sabtu, 21 Mac 2020

MEE SIZZLING YEE MEE

MEE SIZZLING YEE MEE

BAHAN - BAHAN :

8 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
10 tangkai cili kering - potong 3
Isi ayam secukupnya - potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap manis/masin
1 sudu makan lada hitam kisar
2 kiub ayam knor tanpa MSG
Cendawan - Potong
2 Sudu makan tepung jagung - bancuh dengan setengah gelas air
1 sudu makan minyak bijan
Yee mee - celur separuh masak
Sawi - Celur
Telur
Gula dan garam dan secukupnya
6 cawan air

CARA PENYEDIAAN :

1. panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau.
.
2. Kemudian masukkan ayam. Goreng
.
3. Masukkan enam cawan air atau lebih diikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin / manis, lada hitam dan kiub ayam.
.
4. Seterusnya masukkan cendawan (kalau beli yang kering kena rendam dulu) biar hingga cendawan lembut.
.
5. Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka.
.
6. Akhir sekali masukkan minyak bijan gula dan garam secukup rasa. Siap.
.
7. Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecil. Masukkan Segenggam Yee Mee biar hingga lembut kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi.
.
8. Sedia untuk dinikmati 💕

Kredit : resepi sambal


Selasa, 17 Mac 2020

Kuih Rose / Kuih Goyang

Kuih Rose / Kuih Goyang
resepi : Kak Emma (Nanny Emma Emma)
Dicuba oleh JJ Pau Mawar

bahan-bahan :
500g tepung beras cap gajah 3
1 cawan gula halus
2 biji telur
250ml santan kotak kara
Secubit kapur (cairkan)
1 sudu kecil garam
400ml air
Sedikt essen rose (JJ tambah )
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Campur kesemua bahan ( kecuali air ). Dikacau rata.
2. Masuk kan air sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.
3. Panaskan minyak dgn api yg sederhana. Letak kan acuan kosong kedalam kuali & biarkan sehingga betul panas.
4. Celup acuan panas tadi kedalam adunan (pastikan acuan tidak tenggelam) hampir paras rata. Kemudian celup acuan kedalam kuali. Biarkan dalam 10 saat sebelum menggoyang acuan untuk keluarkan kuih.
5. Setelah kuih keluar, biarkan acuan didalam kuali & setelah beberapa saat kemudian ulang process mencelup & menggoyang.
6. Angkat kuih apabila agak kecoklatan & toskan. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.....





Selasa, 3 Mac 2020

KUIH BINGKA UBI

RESEPI KUIH BINGKA UBI
 Sebelum dibakar

 Sudah dibakar.


Bahan-Bahan :
__________________________

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
.
Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...