Rabu, 22 September 2021

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL


1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit

dan serbuk kari sebelum digoreng.

 


2) Masukkan hirisan bawang merah, cili


api dan kentang ke dalam lebihan


minyak goreng ayam tadi.


3) Kemudian masukkan bahan kisar

(bawang merah, bawang putih dan jintan

manis) - mak ajar klu nak masak kicap

sedap dan beraroma kena masukkan

jintan manis).




4) Tumis sampai naik bau dan baru.

masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah

minyak.


5) Masukkan ayam, kicap lemak manis

dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan

kering sedikit. Perasakan secukupnya.


6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula

sebab ayam masak kicap yg sedap

kenalah masak sehingga melekit dan

likat.



Kredit resepi : nurul hawa 

Foto by : zalinda0105





Sabtu, 24 Julai 2021

Ayam masak thai

 AYAM MASAK THAI


simple sgt2..rasa masam manis

pedas,anak2 pun suka.. Ramai yang tanya resipi, so saya update skit status ni yer...resepi ada kat

Ayam yg digoreng dgn kunyit




Bahan tumbuk:

bawang merah 5 biji

bawang putih 3 ulas

* sedikit kunyit hidup * cili padi (ikut nak pedas mana)

Bahan lain :

Zsudu sos tiram

Zsudu sos tomato

3btg Serai diketuk

3helai daun limau purut

Garam, gula

Caraz:

Tumiskan bahan tumbuk dengan serai smpi garing,

Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram, sos tomato,daun limau.... Masak smpi bawang betul2 masak dan pekat...tambah perasa ngn bawang holland yang dipotong nipis...ok siap




selamat mencuba

Rabu, 21 Julai 2021

Telur bungkus

 Telur bungkus ala thai


Telur bungkus

Sumber resepi: Farida Alang #rmm


Bahan-Bahan:

2 biji telur

100gm isi ayam @ daging (dicincang)

2 ulas bawang putih

I ulas bawang besar (dihiris nipis)

I biji tomato (dibelah 6) 

I camb kacang peas

2 camb sas tomato

I camb sos tiram

garam secukup rasa 

daun ketumbar (dipotong I inci)

      Cara:

Telur dipukul dan digoreng dadar. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi tomato, sos tiram, garam, bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas, masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar. Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi. Sedia dihidang.



sambal telur 3rasa

Sambal telur 3 Rasa". Boleh masak untuk sahur esok.

Bahan-bahan:

I biji bawang besar.

2 ulas bawang putih. 3 biji telur ayam.

3 sudu cili kering.

I sudu besar sos tiram.

I sudu besar sos cili.

I sudu besar sos tomato.

I cawan air.

Sedikit daun bawang jika ada.

Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.

#KakLiza Masuk Dapur

Selasa, 20 Julai 2021

muffin choc chip

MUFFIN CHOC CHIP 
————————

Bahan kering A

1 3/4 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang
1/2 cwn serbuk koko
1sk baking powder
1sk baking soda
1 cwn choc chip

- semua bahan kering digaul rata

bahan basah B

1 biji telur 
1sk esen vanila
1/2 sk garam halus
1 cwn susu segar
1/3 cwn minyak jagung

- semua bahan basah digaul sebati shj

Campurkan bahan A & B dan gaul sebati shj guna senduk. kemudian masukkan dlm papercup dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit @ sehingga masak.Suhu oven bergantung pada oven masing2. Selamat mencuba πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—
.
Resepi:  Snk Mohammad‎




Khamis, 10 Disember 2020

Ikan tenggiri masak lemak cili padi rebung

 Resipi Ikan tenggiri masak lemak cili api & rebung jengka pahang 😁


Resepi..

1.ikan tenggiri (sy lbih suka tenggiri bunga daging dia lembut) 

2. Cili api & kunyit hidup (dtumbuk)

3. Rebung (cuci bersih²,diramas sikit utk buang bau air rendaman rebung trsebut & toskan)

4. 1 biji setgh kelapa parut (diperah amik pati shj,pastikn guna kelapa tua ya) 

5. Asam keping..


Sediakn kuali,masukkn ikan,cili,rebung & santan..kemudian didihkan masak seperti biasa sentiasa dikacau ye, kuah hampir pekat masukkn asam keping,pastikn garam secukup rasa.. siap,selamat mencuba 😘😘




Khamis, 5 November 2020

Bancuhan pisang goreng

 Pisang goreng rangup

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan tepung jangung

1 biji telor

1 sudu  kecil garam halus

1 sudu kecil yis 

Sedikit pewarna kuning

2 cawan air

Biar 5 atau 10minit baru celop Dan goreng

Selamat  Mencuba....


Kredit Resepi : siti asiah ismail via mahn




Khamis, 22 Oktober 2020

Kuih ross atau kuih goyang

 koi goyang kriuk kriuk


1/2 cwn tepung pulut 1/4 cwn tepung jagung


1/4 cwn tepung beras


1/4 gula


1/2 cwn santan sederhana pekat


secubit garam esen ros @ vanila


I biji kuning telo satukn semua.





Jumaat, 16 Oktober 2020

Agar-agar Milo

 Bahan


1 paket agar2 tali (20gram) 5 gelas air


1/2 tin susu pekat manis


1 senduk gula pasir


1cwn milo


1/2 sudu teh garam(utk melemakkan rase)


Cara


Masak agar2 bersama air dan garam hingga


larut.. Masukkan pula gula,kacau hingga hancur Kemudian masukkan milo,susu sambil dikacau


rata hingga mendidih


Masuk agar2 kedalam loyang.biarkan suam sebelum masukkan dalam peti ais.. Siap!!

Rabu, 14 Oktober 2020

Ikan Masak 3 Rasa.

πŸ’₯2 ekor   ikan siakap - dibersihkan,digaul dengan garam,serbuk kunyit dan tepung jagung.Kemudian goreng garing.Ketepikan.

Bahan hirisan:
____________________________
πŸ’₯1 labu bawang besar
πŸ’₯2 ulas bawang putih
πŸ’₯2 inci halia
πŸ’₯2@4 tangkai cili padi
 
Bahan lain :
____________________________
πŸ’₯2 sudu makan sos cili
πŸ’₯2 sudu makan sos tiram
πŸ’₯2sudu makan  sos tomato
πŸ’₯2 sudu makan cili kisar
πŸ’₯1 sudu makan sos ikan
πŸ’₯1 biji  buah  tomato πŸ…
πŸ’₯1 cawan  air biasa
πŸ’₯garam
πŸ’₯ gula

Cara- cara memasak:
_______________________________
-panaskan minyak dan tumis bahan hirisan hingga naik bau.
-masukan sos² kacau bagi rata.masak sehingga 4-5 minit.
-masukan air,garam,gula secukup rasa.
-masukan ikan goreng tadi....last masuk tomato kacau rata.siap πŸ˜‹πŸ˜‹





Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...