Khamis, 8 November 2018

Roti Jala

             🎀Roti Jala🎀

Oleh: zalindajalil. 
   
       Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air je)
Sedikit pewarna kuning
         💞Cara-cara:
✒Blendkan semua bahan di atas 👆👆 hingga sebati.
✒Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum,cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick.
✒Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
✒Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. ✒Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

✒Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam.
✒Sesuai untuk sarapan ataupun minum petang. 
Cubalah.



Rabu, 7 November 2018

KEK MILO KUKUS

    🎀KEK MILO KUKUS🎀
 BAHAN A:
-1 cawan milo
-1 cawan gula pasir
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak
-1 cawan air panas

💞BAHAN B:
-3 biji telur gred A – pukul hingga kembang

  💞BAHAN C:
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan ayak bersama)

  💞CARA MEMASAK:

✒Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo.
✒Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati.
✒Tidak perlu masak sampai mendidih.
Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.
✒Ambil loyang bersaiz 8×8 dan oles dengan sedikit minyak.
✒Tuang adunan kek tadi.
Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.

💌Kredit resipi & foto: Sarimah Samsuri

Selasa, 6 November 2018

CHOCOLATE JAR'


   🎀Chocoklat jar 🎀
Bahan-bahan yang diperlukan:
Coklat masakan
Coklat cadbury 
Bubble rice

Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan coklat masakan seberapa banyak yang anda nak and letakkan di atas periuk yang ada air tadi. Gunakan teknik 'double boiling', means dua tingkat; Bawah - air and Atas - coklat. So that takde lah coklat tu hangus ke apa.
 ✒Cair coklat masak n minyak masak sehingga coklat cair
✒Sagai bubble rice.
✒Digaul bersama....
Boleh lah makan... 

SINGGANG PEDAS IKAN (versi Terengganu)

SINGGANG PEDAS IKAN
(versi Terengganu)
       Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi
4 biji ciliapi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
8 tangkai daun kesum
         Cara Membuat
1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
5. Hidangkan.

By: Zalinda0105.blog



Gulai Kambing.

     🎀Gulai Kambing🎀
Bahan-bahan:
-1kg        kambing
-1kotak   santan
-2cawan  air

bahan hiris:
-1labu  bawang besar
-2ulas bawang putih
-1inci   halia

  bahan tumis:
-1biji  buah pelaga
-1kuntum bunga cengkih
-1kuntum bunga lawang
-1batang kulit kayu manis
-4tangkai daun kari
bahan pes:
-4sudu besar serbuk kari daging
-2sudu besar serbuk kari ikan
-1sudu besar bawang besar kisar
-1sudu besar cili kisar

Cara-caranya :
✒panaskan ½cawan minyak masak, tumis bahan tumis hingga naik Bau.
✒kemudian masukan bahan hiris masak hingga bawang layu.

✒kemudian masuk bahan pes,masak sehingga pecah minyak, kacau².
✒masukkan kambing biar seketika hingga kambing masak. masak n kacau.
✒masukkan santan n air kacau rata.biar kambing lembut.
✒masukan garam gula secukup rasa.
✒siap untuk dihidangkan.
selamat mencuba.. 



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: zalindajalil

    💞Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
  💞Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
✒Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
✒Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
✒Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
✒Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
    🎀Penyediaannya🎀

✒Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
✒Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
✒Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
✒Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
✒Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

 Ni potong masa panas... Tak sabar nak makan hihihi
Sedap sangat... 

Resepi Kuah Steambot Ala-Ala Oden Family Mart

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Kuah Steambot Ala-Ala Oden Family Mart

→ 1 Pes Asam Pedas (Iday guna brand Adabi)
→ 2-3 Pes Tomyam (Brand Adabi jugak)
→ 1 1/2 liter air (setengah periuk nasi)
→ 1/2 lemon atau limau nipis
→ Garam secukup rasa

Cucuk-Cucuk Steambot (ini ikut suka hati korang la hehe)
→ Seafood Tofu
→ Fish ball
→ Chicken ball

Cara Memasak Steambot Ala-Ala Oden Family Mart :
1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan perencah asam pedas, pes tomyah, perahan lemon dan garam secukup rasa.

3. Kacau seketika dan kemudian bolehlah masukkan bahan-bahan cucuk steambot tu
                            Tada dah siap... 

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...