Khamis, 8 November 2018

Roti Jala

             🎀Roti Jala🎀

Oleh: zalindajalil. 
   
       Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air je)
Sedikit pewarna kuning
         💞Cara-cara:
✒Blendkan semua bahan di atas 👆👆 hingga sebati.
✒Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum,cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick.
✒Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
✒Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. ✒Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

✒Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam.
✒Sesuai untuk sarapan ataupun minum petang. 
Cubalah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...