Ahad, 10 November 2019

Pesanan untuk suami

::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta  sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Orang perempuan sila SHAREEEEEE...

Sabtu, 9 November 2019

Kek marble

Kek marble....
Guna majerin sri pelangi je...ikutkan nak buat semalam.. Tp masa tak mengizinkan...hari raya baru buat
Resepi
Bahan2
1 cawan majerin(sy guna sri pelangi)
1 cawan gula(sy blend gula pasir je)klu xsuka manis, 3/4cwn dah ok..
1sudu teh ovalet
3 biji telur gred a
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar serbuk koko/pewarna
Cara2
1) ayak tepung gandum bersama baking powder
2) satukan majerin, gula,ovalet n esen vanila.. Mixer hingga kembang n gebu..
3) masukkan telur sebiji-sebiji.. N mixer lagi.. Masuk susu cair.. Akhir sekali masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder td.. Masukkan sikit2.. Mixer hingga sebati..sy bahagi adunan kpd 3..1 bahagian, campur dgn serbuk koko.. 1 bahagian sy campur pewarna pink.. 1 bahagian lg,biarkan warna asal
4) lengserkan loyang dgn sedikit majerin.. N sy letak baking paper pada dasar loyang.. Masukkan adunan td secara berselang seli hingga adunan habis..
5) bakar dlm oven selama 40-45minit @ hingga masak.. Guna api atas bawah.. Suhu 180c @ ikut oven masing2..
**guna loyang kecik sbb adunan ni sikit ja.. Kalau guna loyang besar, nanti kek tu akan nampak nipis...



kuih keria pulut

Alhamdulilah mjdi kuih keria pulut mcm arwah mak wat dulu .. hasil duk tgk arwah mak wat dulu ..xpnh belajaq ..cuma ingt2 blik ja apa yg mak boh dlm bhn2 tu .. try wat mjdi .. syukurr .sedappp ooo keria pulutt .tmpt len xdak haiss kuih ni arwah mak wat sndri resipi dia ... try wat sikitt jaa ... al fatihah mak ayah
Keria pulut resipi arwah mak
...Tepung pulut 500 gram
Nyok mesin@kelapa  parut(mesin putih ye) 1cawan.
Gula ikot manis sndri
Secubit garam
Bijan rm2
Air agak2 ye
Cara: satu kan semua kecuali bijan .... air agak2 sndri smpai blh buat bentuk jgn lembik jgn keras ya .. pastu buat bentuk dg tngan bentuk donat ,dh siap lumur bijan td .. pastu.goreng .. api jgn slow jgn kuat ok ..
By: Khirul Asmaa Hj Mustafa




Jumaat, 8 November 2019

Keropok mony

Siapa sni suka mkn keropok ni....kmi pggl keropok bawang..hmpa pggl keropok ap ye...Bila dh bosan xtw nk buat apa...jd kita buat keropok jelah...blh kunyah smbil tgk tv...
resepi dia
1.Nasi 1 cawan
2.tepung ubi 5 cawan kmi guna...
3.bawang putih 3/5 ulas ikt suka hmpa nk bnyk mna...
4.Garam sedikit shja untk bg ada rasa...
5.perasa 1 sudu kfc kmi pkai..
Cara2 buat
1.Nasi+bwang putih + air sedikit sja ye..lps tu hmpa blander skli semua smpai jd lumat ye..mcm mknan baby tw....
2.lps dah lumat hmpa masukkan dia dalam kuali plk..buka api pelahan tw..xpyah pakai mnyk na..masuk je trus dalam kuali tu...lps tu panaskan dia kjp bg jd suam2 je...jgn lama nanti  hangit plk hahaha
3.lps dh angkt letak dlm bekas yg isi tepung ubi td ye...lps tu kcau dia smpai jd doh..smpai dia xmelekat dkt tngan tw...bru blh buat dia jd keropok...klu dia melekat hmpa tmbah lah tepung sikit ye..jnji jgn dia melekat dh ye...nanti xnak jd klu dia melekat dkt tangan..sush nk uli dia buat keropok....
4.Ok dh siap dah kan..hmpa uli lah dia bg jd panjang...lps dh siap uli jd panjang hmpa msuk  dia dlm kuali..pastikan msa nk masuk air dlm kuali dh pnas btul2 ye bru masukan keropok ni..klu xnanti xjd...Lps dh masuk dia dlm tu masak dia smpai dia tmbul bru hmpa angkt...ingt smpai dia tmbul btul2 bru angkat na...klu x...xjdi tw...jgn salahkan kmi na...
5.lps dh angkt siap semua..hmpa nk masuk wrna apa masuk lah...mcm km guna pencelup ros dgn pandan sja...bg jd wrna wrni bru meriah sikit gtu ...hmpa sjuklah dia sat dlm 5/10 minit ka kan..lps tu hmpa smpn dia dlm peti ais semalaman tw...jgn lps dh siap msak hmpa ambk p potong trus nanti xnk jd tw...dia kna smpan dlm peti ais semalaman..sbb senang  nanti dia nk potong sbb dia keras elok...
6.Ok dh keras elok dh potong bagai kn..hmpa p lah jemur dia ye...smpai dia btul2 kering elok cntik bru hmpa ambk grg..dh siap dh blh mkn dh ok...
selamat mencuba semua ye...






Khamis, 7 November 2019

Chocolate Japanese Cotton Cheesecake

Chocolate Japanese Cotton Cheesecake.

Loyang digunakan 5' n loyang perlu dilapikkan baking paper n lenserkan keliling loyang dgn mentega@marjerin.
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu. Menggunakan kaedah bain marie.
     
Bahan
125gm cream cheese@ 6 slice cheese
50gm coklat masakan
15gm gula kastor
40ml minyak jagung
60ml susu coklat dutch lady
30gm tepung jagung-ayak 3 kali
10gm serbuk koko-ayak 3 kali
3 biji telur-diasingkan kuning n putih
50gm gula kastor

1. Double boil cream cheese,coklat masakan,15gm gula kastor n minyak jagung.
2. Kacau menggunakan whisk,tambahkan susu coklat,kacau sebati.
3. Alihkan dr api dapur,masukkan kuning telur satu persatu kedlm adunan dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung n serbuk koko kedlm adunan. Kacau sebati.
5. Dlm bekas berasingan, pukul telur putih dgn menambah 50gm gula sedikit demi sedikit sehingga firm peaks(sekadar bertanduk@melengkung)hentikan mixer.
6. Ambil 1/3 meringue dlm adunan tadi dan kaub balik sehingga habis.
7. Suhu 180 celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing2.

Selamat mencuba

Credit : Juliana Lui
#mahn

BISKUT COKLAT NESTUM

Alhamdulillah....
Biskut coklat nestum Rangup gitu.. Wangi yg amat, time bakar.... 

๐Ÿ’•RESEPI BISKUT COKLAT NESTUM๐Ÿ’•
๐Ÿ‘‰BAHAN2
-1 CAWAN BUTTER/MARJERIN
-¾ CAWAN GULA HALUS
-1 BIJI KUNING TELUR
-½ CAWAN SERBUK KOKO (SAYA GUNA BRAND VAN HOUTEN)
-½ CAWAN NESTUM ORIGINAL (KISAR)
-1 CAWAN TEPUNG JAGUNG (AYAK)
-2 ½ CAWAN TEPUNG GANDUM (AYAK)
❤HIASAN❤
-SUSU TEPUNG + SEDIKIT GULA AISING
๐Ÿ‘‰CARA2
-SATUKAN BUTTER, GULA, DAN TELUR. PUKUL SEBATI..
-MASUKKAN SERBUK KOKO.. PUKUL LAGI.
-MASUKKAN NESTUM KISAR. GAUL SEBATI..
-MASUKKAN TEPUNG JAGUNG.. GAUL SEBATI..
-MASUKKAN PULA TEPUNG GANDUM SIKIT DEMI SEDIKIT, HINGGA DAPAT DOH YG SESUAI.. (DOH LEMBUT N XMELEKAT KT TGN)
-TERAPKAN DENGAN ACUAN MENGIKUT CITARASA.
-PANASKAN OVEN 10MIN SEBELUM BAKAR.
-BAKAR PD SUHU 170C SELAMA 25MIN.. (MENGIKUT OVEN MASING2)
-SETELAH MASAK, GOLEKKAN BISKUT DALAM BEKAS SUSU TEPUNG..
-KEMUDIAN SEJUKKAN N SIMPAN DLM BEKAS KEDAP UDARA..
Kredit Resepi : siti norizan











 SUSU TEPUNG + SEDIKIT GULA AISING






Jumaat, 25 Oktober 2019

CHOCOLATE CREAM

Nak share resepi CHOCOLATE CREAM JIMAT. Cream ni boleh dibuat inti roti, donut, jem dll. Macam dalam gambar saya guna untuk inti bomboloni.
Resepi asal dari: Che Ta Sintok
Diolah oleh: Jalilah Jamaludin
Bahan²:
300g Air susu kotak
30g Tepung jagung
20g  Serbuk koko
40g Gula (Boleh adjust ikut selera masing²)
80g Coklat bar (Nak lagi kuat coklatnya, tambah lagi. Che Ta guna 40g sahaja)
Secubit garam (Saya tambah)
15g Butter
Cara penyediaan:
1- Bancuh tepung jagung + serbuk koko dengan air susu sehingga tidak berketul.
2- Masukkan gula. Masak sekejap.
3- Masukkan coklat bar.
4- Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
5- Kacau sehingga likat.
6- Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak diatas dapur.
7- Tutup api. Masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
8- Tutup permukaan dengan plastil untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan.
EDIT: Simpan di dalam peti sejuk. Saya selalu guna habis sekali buat. Kalau nak simpan sehari dua should be okay.


Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...