Sabtu, 12 Januari 2019

Nasi goreng ayam

~Bahan² nasi goreng~
⇨4cawan nasi sejuk.
⇨200gram  isi ayam dipotong dadu.
⇨sedikit lobak merah
⇨sedikit sawi
⇨sedikit sayur kobis
⇨1ulas bawang merah-cincang.
⇨2ulas bawang putih-diketuk.
⇨4tangkai cili padi -diketuk
⇨garam gula secukup rasa.
⇨1biji telur
⇨2sudu besar cili kisar, sos cili, sos tiram.
⇨Kicap secukupnya
-Panaskan minyak,masukan bawang merah dan bawang putih serta cili padi sehingga naik Bau.
-masukan cili kisar,sos cili dan sos tiram,kacau bagi rata.
-masukan isi ayam,lobak merah,sayur kobis masak seketika sehingga ayam tu masak.
-masukan sedikit air,garam,gula kacau sebati.
-masukan nasi kacau rata.last masukan sawi dan kicap kacau lagi pecah kan telur kacau sebati dan sekata.siap.
 ๐Ÿ’~Bahan ayam celup tepung.~
-6 ketul.   Ayam
-2cwn tepung gandum
-2cwn tepung beras
-2cwn tepung jagung
-1sudu kecil serbuk cili.
-sedikit garam dan serbuk kunyit
๐ŸGaul semua bahan ⇧⇧ sehingga sebati. Kemudian goreng garing siap.
Boleh dihidangkan bersama nasi berserta sup kosong.


Selasa, 20 November 2018

RESEPI BISKUT SAMPERIT SUSU

RESEPI BISKUT SAMPERIT SUSU




bahan2
1/2 cawan butter
1/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung jagung
1sb tepung beras
1sb tepung kastad
1 titis pewarna kuning
1/2 tutup botol esen vanilla
coklat cip secukupnya

cara2
1) campur butter, susu pekat manis dan esen vanilla kemudian kacau dgn senduk ( bagi sebati je)
2) titis pewarna dlm adunan dan kacau bg warna rata
3) masuk 1 cawan tepung jagung , 1sb tepung beras dan 1sb tepung kastad ke dlm adunan dan kacau sebati. kemudian, masukkan baki 1
cawan tepung jagung sikit demi sedikit sampai adunan menjadi dok doh (agak2 jgn terlalu keras dan jgan terlalu lembik) yg licin.
4) letak doh dlm acuan semperit dan tekan atas dulang yg telah di sapu butter.
5) letak coklat cip di atas bunga semperit sebagai hiasan.
6) panaskan oven api atas bawah selama 5 minit dgn suhu 170'c
7) setelah oven panas, turunkan suhu oven ke 160'c. bakar biskut tadi selama 25minit atau sampai biskut masak ( bila tolak sikit, biskut tu berenjak dr tempatnya)

sumber resepi
fb azlina ina


Jumaat, 9 November 2018

Resepi pau coklat

     ๐ŸŽ€PAU coklat ๐ŸŽ€

Resepinya

     ๐ŸŒธBahan A
-1 1/2 cawan air suam kuku
-1 paket yis
-2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
       ๐ŸŒธBhn B
-4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
-3sdb shortening (sy guna marjerin je..xde stok shortening )
-2 sdb susu pekat manis
-1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
๐Ÿ’•( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk atau berderai.)
     ๐Ÿ’•Inti:๐Ÿ’•
-coklat masak koin atau coklat cip.
.
         ๐Ÿ„ Caranya๐Ÿ„
✒Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B.
✒gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian.
✒peram doh dlm bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. ..dlm kereta..tmpt yg kena cahaya matahari...kalo nak peram dlm umah pun ok.. ...

Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang atau kertas..dah siap masukkan inti dalam semua doh. .peram lagi 18-20 minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15-18 minit jer)
.
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7-.8 minit guna api besar. .(balut pada penutup kukusan)

.     Belum dikukus.

Dah siap dikukus...

Tips =Setiap doh timbang 40 gram
Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
Utk dapatkan pau yg sentiasa lembut..simpan dlm bekas kedap udara..jgn biar terdedah pada udara..
.
SILAKAN SHARE. .
Photo by: zalindajalil
Kredit resepi: mariana zainal

Inti kacang merah.





Khamis, 8 November 2018

Roti Jala

             ๐ŸŽ€Roti Jala๐ŸŽ€

Oleh: zalindajalil. 
   
       Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air je)
Sedikit pewarna kuning
         ๐Ÿ’žCara-cara:
✒Blendkan semua bahan di atas ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† hingga sebati.
✒Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum,cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick.
✒Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
✒Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. ✒Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

✒Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam.
✒Sesuai untuk sarapan ataupun minum petang. 
Cubalah.



Rabu, 7 November 2018

KEK MILO KUKUS

    ๐ŸŽ€KEK MILO KUKUS๐ŸŽ€
 BAHAN A:
-1 cawan milo
-1 cawan gula pasir
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak
-1 cawan air panas

๐Ÿ’žBAHAN B:
-3 biji telur gred A – pukul hingga kembang

  ๐Ÿ’žBAHAN C:
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan ayak bersama)

  ๐Ÿ’žCARA MEMASAK:

✒Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo.
✒Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati.
✒Tidak perlu masak sampai mendidih.
Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.
✒Ambil loyang bersaiz 8×8 dan oles dengan sedikit minyak.
✒Tuang adunan kek tadi.
Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.

๐Ÿ’ŒKredit resipi & foto: Sarimah Samsuri

Selasa, 6 November 2018

CHOCOLATE JAR'


   ๐ŸŽ€Chocoklat jar ๐ŸŽ€
Bahan-bahan yang diperlukan:
Coklat masakan
Coklat cadbury 
Bubble rice

Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan coklat masakan seberapa banyak yang anda nak and letakkan di atas periuk yang ada air tadi. Gunakan teknik 'double boiling', means dua tingkat; Bawah - air and Atas - coklat. So that takde lah coklat tu hangus ke apa.
 ✒Cair coklat masak n minyak masak sehingga coklat cair
✒Sagai bubble rice.
✒Digaul bersama....
Boleh lah makan... 

SINGGANG PEDAS IKAN (versi Terengganu)

SINGGANG PEDAS IKAN
(versi Terengganu)
       Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi
4 biji ciliapi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
8 tangkai daun kesum
         Cara Membuat
1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
5. Hidangkan.

By: Zalinda0105.blog



Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...