Rabu, 14 Oktober 2020
Ikan Masak 3 Rasa.
Ayam Bercili serai
ππΌ 1ekor ayam-dipotong 12,dibasuh bersih dan tos.Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng garing.Ketepikan.
Bahan kisar:
---------------------------
-2 labu bawang besar
-segengam cili kering=}dipotong direndam seketika.
Bahan lain:
----------------------
2 batang serai
Garam gula secukup rasa
½ cawan air biasa (utk kuah)
Cara-cara masak:
---------------------------------------------
✨Panaskan minyak.tumis bahan kisar dan serai tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
✨ Masukkan air sikit, masukan garam gula...kacau rata.
✨Masuk ayam yg sudah goreng..gaul bagi rata. Boleh lah tutup api.
Siap utk dihidang kan.
Rabu, 23 September 2020
πDaging masak kicap cara cheq naaππ
Assalamualaikum
Slmt tghri semua
Menu Hr nii
πDaging masak kicap cara cheq naaππ
"Resepi
" Daging masak kicap"
Daging stgh kilo(rebus 40 min)
Sebatang serai(ketuk²)
Bwg kecik 4 ulas
Bwg putih 2 ulas
1 Sudu besar lada hitam
Halia satu inci(Semua d atas tumbuk ya)
2sudu besar cili kering
Sedikit ayer asam jawa
Pati ayam knorr seketul
Sedikit kicap manis
Sedikit garam dgn gula(rasa dulu ya klu dh masin jgn letak garam k)
Hiasan
Sebiji tomato
Cilipadi 6 biji
Cili merah 1 biji
Bwg besar setgh biji
Sedikit Daun bwg
Daun kari
Cara2..
Tumiskan bhn² yg d tumbuk xd dgn serai bgi kekuningan...kemudian masukkan daging yg di rebus xd ,masukkan ayer asam jawa....masak bgi kuah pekat... masukkan Sedikit kicap manis ,garam ,gula dgn pati ayam knorr...masak 10 min..lg.. kemudian masukkan hiasan xd...Cili padi ,Cili merah ,Bwg besar ,tomato ,daun kari dgn Daun bwg
Ttp api dh siap☺
Jumaat, 26 Jun 2020
Perbezaan gula kastor dan gula aising
Hari ini biar kami cerita sikit apa perbezaan di antara gula kastor dan gula aising:
πΈGula Kastor
✅Gula dalam kategori gula putih
✅Lebih halus dari gula halus, mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur.
✅Pilihan terbaik untuk membuat kek, biskut, pastri, roti.
πΈGula Aising
✅Gula paling halus dalam kategori gula putih.
✅Ia bukan 100% gula, kerana telah dicampur dengan tepung jagung.
✅Kebanyakkan digunakan untuk pembuatan biskut.
Jumaat, 19 Jun 2020
Apam polkadot
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu teh baking powder
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- Filling (blueberi, strawberi, Nutella @ coklat)
- Pewarna
Cara-cara :
- Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
- Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
- Kemudian masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara berselang seli. Gunakan kaedah kaup balik (guna spatula).
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
- Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan menggunakan piping bag. Paper cup perlu di alas dengan acuan kuih lompang. Masukkan separuh dulu. Kemudian letakkan filling dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.
- Buatkan dot dot atau apa-apa corak di atasnya.
- Kukus selama lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
Nota/Tips:
- Resepi asal apam ni guna 1 cawan gula. Saya kurangkan kepada 3/4 sebab tak nak terlalu manis.
- Pastikan telur dan gula di pukul sehingga betul-betul kembang untuk mendapatkan apam yang gebu.
- Wajib menggunakan kaedah kaup balik semasa masukkan tepung untuk elakkan apam menjadi liat.
- Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk elakkan apam merekah.
Selasa, 28 April 2020
Tulis atas kek
Resipi buttercream untuk menulis :
200g shortening
100g creamwell
150g gula aising ( ayak )
Sedikit esen vanila
Cara-cara :
Satukan semua bahan. Pukul guna mixer tapi jangan lama. Takut buttercream lembik sangat. Dah pukul, masukkan pewarna. Masukkan dalam piping bag. Ok, dah boleh menulis.
Resipi ganache untuk topping atas kek :
200g dark compound
1 sudu butter
Double boil bahan diatas
Dah cair, masukkan 100g susu segar/ susu cair/ whipping cream. Kacau semua bahan sampai sebati.
Dah suam sikit, boleh lah curah atas kek.
Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum
Ayam kicap viral
AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng. 2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...

-
Ayam korek-korek ππΌ3 keping dada ayam hiris perap dgn sesudu tepung jagung, garam kunyit, goreng garing ketepikn ππΌMinyak ayam buang...
-
Antara bahagian yang paling saya suka tentang kek ialah masa menulis. Dah lama tinggalkan sekolah, jadi kita menulis atas kek aje lah. Bukan...
-
Siapa sni suka mkn keropok ni....kmi pggl keropok bawang..hmpa pggl keropok ap ye...Bila dh bosan xtw nk buat apa...jd kita buat keropok je...