Rabu, 31 Oktober 2018

Kek karamel pelangi

     Bahan A:-karamel. 
-3sudu besar gula
-3sudu besar air panas
👉Buat karamelnya, tabur gula dalam loyang, masak atas api kecil sehingga warna keperangan kemudian tuang air panas pelahan²,kacau rata tutup api dan ketepi kan.
     Bahan B:-Puding. 
-½tin   susu cair
-1cawan  gula kastor
-1sudu kecil esen vanila
-3biji kuning telur
👉Pukul kuning telur, esen vanila, gula hingga larut. Kemudian masukan susu cair kacau rata sebati. Ketepikan sebentar.
✔kalau nak puding tebal boleh tamabh
           1tin susu cair persamaan 3biji kuning telur n 1biji telur kuning putih ye.
     Bahan C:-kek. 
-1½ cawan  tepung gandum
-3biji kuning telur
-½cawan. Gula
-1sudu kecil serbuk penaik
-45ml. Minyak masak
-135ml air biasa
👉Pukul kuning telur dan gula hingga gula larut.
👉Kemudian masukan minyak masak kacau² masukkan tepung n serbuk penaik kacau lagi dan tidak berketul.
👉Akhir sekali masukan air kacau sebati. Ketepikan
     Bahan D:-merinque
-6biji.  Putih telur
-½cawan gula halus
-1sudu kecil cream tatar
👉Pukul putih telur hingga berbuih, masukan gula dan cream of tatar. Pukul lagi sehingga bertanduk dan putih gebu. Bila diterbalik kan tidak jatuh aduban.tepikan.
👉Tuang bahan B ke dalam bahan A. Kacau².ketepikan.
👉Bahan C dikaup balik kan dengan bahan D. Bila dah sebati boleh dibahagikan beberapa bahagian dan letak warna pink, kuning n hijau. Kemudian tuang atas bahan AB, berselang-seli.
👉panaskan over terlebih tedahulu. Bakar pada suhu 160-180' selama 1jam. Sejukkan dahulu baru terbalik kan diatas pinggan.

💕Kalau nak puding tebal.
        ➖3biji telur kuning
       ➖1biji telur
         ➖70gm gula
        ➖1tin susu cair
       ➖1sudu kecil



Selasa, 30 Oktober 2018

Nasi goreng ikan bilis

Bahan goreng:
Segegam  ikan bilis-digoreng garing
2biji  telur digoreng hancur
Semangkuk kecil isi ayam digoreng
Bahan kisar:
8tangkai  cili padi
2tangkai  cili merah
1labu  bawang besar
2ulas  bawang putih
Segegam ikan bilis
3cawan  nasi putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
👉panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian masuk nasi gaul sehingga rata dan sebati. Masuk kan garam dan gula gaul lagi. Akhir sekali masuk bahan goreng. Gaul seketika sehingga rata boleh angkat dan dihidang kan. 

Sabtu, 27 Oktober 2018

Puding karamel

  Bahan-bahan :
6 biji  telur
½ tin  susu pekat manis
1 tin   susu cair
1 cawan gula
1sudu besar tepung jagung *
1sudu besar tepung kastard *
2sudu besar air suam *
    Bahan yg tanda * disatu kan dalam mangkuk.
1sudu kecil esen vanilla
Bahan karamel :
4 sudu besar  gula.
2sudu besar air
   Cara-cara :
👉buat karamel dulu. Masak gula hingga warna keperangan masuk kan air kacau rata tutup api tuang dalam loyang tepikan.
👉Dalam mangkuk,pukul manja telur, esen vanila hingga sebati.
👉Masukkan gula, susu cair, susu pekat dah bahan bancuh tepung kacau² rata kemudian tuang kedalam loyang karamel tadi .
👉Panas kan pengukus.
👉Kemudian kukus selama 30minit
👉terbalik kan dalam pinggan kemudian siap dalan peti sejuk sedap makan sejuk².

Tepung Kapur

Tepung Kapur
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan atau 1 cawan gula melaka
Sesudu kapur makan
Garam secukup rasa
Kelapa parut
Cara-cara

1. Masakkan manisan/ gula melaka dengan air sampai cair. Sejukkan.
2. Masukkan air manisan/ air gula melaka ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat.Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sikit air dan masukkan garam.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 - 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut citarasa.
6. Gaulkan kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi dengan kelapa parut.

Slice cheese cake kukus.

Bahan A:
→3-4 keping   slice cheese
→½ cawan      susu segar full cream
👉Dimasak atas api kecil, kacau sehingga cheese larut dan ketepikan. Biar sejuk.
Bahan B:
4biji           telur
→1cawan     gula halus
→1 sudu kecil esen vanilla
→1cawan        marjerin cair atau minyak jagung
Bahan C:(diayak bersama) 
→1½ cawan      tepung gandum
→1 sudu kecil    serbuk penaik

   Cara-caranya :
👉mix bahan B sehingga kembang. Dan masuk kan bahan A mix selama 3minit.
👉Kemudian masuk bahan C mix selama 5minit.
👉Gris dulu loyang atau acuan dan panaskan pengukus.
👉Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan kukus selama 45minit.
Siap.

Nasi Dagang cara kl

       🌸Nasi 🌸
-3gengam     beras pulut -direndam semalaman.
-4cawan         beras basmati atau biasa-dibasuh dan ditos kan.
-2sudu kecik   helba
-2 cm                halia - dihiris
-1 labu              bawang besar -dhiris
-1kotak              santan kara
-1sudu kecil      Garam
=campur semua bahan 👆👆 dan tanak seperti biasa.. Seperti masak nasi...

Gulai Ikan Aye:
-2 ekor           ikan tongkol -dibersihkan dan direbus dan tos kan
-4sudu besar    rempah nasi dagang
-1sudu besar    cili boh
-1ketul               Gula nisan
-1 keping             asam keping
-1kotak                 santan kara
-1sudu kecil          garam @ secukup rasa
-4tangkai.              Cili padi
        Bahan kisar.
-1inci            halia
-1inci            lengkuas
-1labu          bawang besar
-2ulas           bawang putih
👉tumis bahan kisar hingga naik Bau.... Masukkan rempah nasi dagang n cili boh masak sekejap masuk kan sedikit air... Masak hingga pecah minyak.
👉masuk gula nisa n asam keping kacau sehingga gula larut masuk santan, cili padi masak seketika masuk garam n gula sikit kacau.. Masuk ikan aye tadi... Biar sekejap... Baru tutup api. Siap
Hidang bersama. Acar sayur, telur masin n sambal belacan ...

Apam susu....

      Apam susu. 

  Bahan-bahannya:
3biji                   telur ayam gred A
½cawan             gula halus
1sudu besar      ovelat
4sudu besar       susu pekat manis
2cawan              tepung gandum
1sudu kecik       serbuk penaik
50ml                   susu cair @ susu segar 
50ml                   minyak jagung 

      Cara-caranya:

👉telur, gula, ovelat, susu pekat dan esen vanila. Dipukul selama 3minit n betul² kembang gebu. 

👉kemudian masuk tepung serta serbuk penaik berselang minyak n susu segar pukul lagi sehingga sebati. 
👉Kemudian bahagi kepada 3bahagian dan letak pewarna. (Pink,hijau,kuning n ungu)
👉acuan perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum tuang adunan berselang-seli warna. 
👉Panas kan pengukus dahulu selama 5minit. 
👉Kemudian kukus selama 30minit jika menggunakan acuan besar.. 20minit jika acuan kecik. 

Jumaat, 26 Oktober 2018

Kung Pao Chicken Chinese Style

Kung Pao Chicken Chinese Style

Bahan A (Ayam)
2 keping dada ayam -potong kecil
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh kicap pekat (supaya kelihatan gelap sedikit)
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu teh Tepung jagung 
Minyak untuk menggoren
5 tangkai cili kering - potong anggaran 2inci 
1 pokok daun bawang potong 2cm
2 labu bawang besar saiz sedang (potong wedges)
1 cm halia (hiris nipis)
2 sudu besar minyak bawang putih
    Cara-Cara
Masukkan ayam yang telah dipotong kiub ke dalam mangkuk besar.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan tepung jagung.Gaul rata
Akhir sekali masukkan minyak bawang putih gaul rata.Perap ayam selama 15-20min.Sementar perap ayam.Sediakan sos kung pao
     Bahan B (Sos Kung Poa)
👉2 sudu besar kicap cair
👉1 ½ sudu sos tiram
👉½ sudu teh kicap pekat (supaya warna gelap dan cantik)
👉1 sudu besar sos cili
👉2 sudu teh gula
👉1 ½ tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
👉1/2 sudu teh chicken stok (saya  guna 1/4 kiub ayam)
        Cara Sediakan Sos
Satukan semua bahan di atas.Gaul rata, kemudian ketepikan sebentar.
     Cara Penyediaan
     Ayam Kung Pao
Panaskan minyak goreng sebentar bawang besar, cili kering dan halia.Goreng sekejap sahaja.Jangan terlalu garing.Proses 'tarik minyak' Angkat dan toskan
Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng hingga masak jangan terlalu garing.Angkat dan toskan.
Panaskan kuali (yang lain)masukkan minyak bawang putih kemudian masukkan ayam yag tela digoreng tadi.
Kemudian masukkan bawang besar,cili kering dan halia yang telah digoreng ('tarik minyak') tadi.Kacau sebentar.
Masukkan sos Kung Pao dan kacau sebentar.Tabur daun bawang dan kacang gajus.Kacau rata

Tutup api dan sedia dihidang panas2.Boleh jugak ditabur gajus semasa menghidang

Khamis, 11 Oktober 2018

KAYA BALL

Alhamdulillah...sarapan pagi ni...
Kaya/chocolate ball  homemade...takde acuan,pakai acuan bahulu pon boleh😁
Mudah n cepat dsediakan...yg penting sedapp😋
Terima kasih tuan punya resepi😍

☕FLUFFY PANCAKE VS FLUFFY KAYA BALL
**************************************
Sumber : Shima Jamaah
Dicuba oleh : Aznie Khasri

Bahan2 :
*******
1 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
Secubit garam
2 sdb gula halus/castor
3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream
1 biji telur gred A, dikocok
2 sdb butter, dicairkan
1 sdt vanilla extract
Sedikit minyk untuk sapu pada pan tp saya tk sapu pun.. Guna non-stick pan yg kecil jer

Caranya :
********
Satukan bahan2 kering,  ketepikan...
Dlm bekas yg lain... satukan susu, butter cair, telur n esen vanilla.  Gaul rata...
Tuangkan bahan basah kedlm bahan kering n gaul setakat rata jer,  jgn overmix.. Jika ada sedikit ketulan2 tepung tk apa..
Biarkan batter selama 15 minit...
Panaskan non-stick pan kecil,  api mesti kecil sekali n tk perlu sapu minyk..
Tuang batter n biarkan hingga pancake naik gebu n keperangan...  Terbalikkan n biarkan hingga masak.. 
Makan dgn butter n madu atau apa saja yg disukai...

***********
untuk kaya ball... Panaskan acuan bahulu.. Sapu acuan ngan skit butter. Bbh sedikit adunan .. Bbh kaya.. Dan ttp lg ngan adunan .. Ttp acuan ngan penutup periuk.. Masak hingga ia masak..  Siap

Selasa, 2 Oktober 2018

Kek Marbel

Saka rajin hari ni membuak2 gitu..siap dh Kek Marbel cara nisa, nasib baik x keras gebu elok jom mnum gn teh o panas 
Bahan-bahan diperlukan:
250 g mentega
40 g marjerin
210 g gula kastor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
230 g tepung gandum (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
80 ml susu segar
30 g serbuk koko
Cara menyediakan dan memasak:
Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
Pukul mentega, marjerin, dan gula kastor sehingga gebu dan ringan.
Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar. Kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 10 minit.
Sendukkan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170°C.
credit : Arnisa Nazeirah‎
#mahn

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...