Selasa, 2 Oktober 2018

Kek Marbel

Saka rajin hari ni membuak2 gitu..siap dh Kek Marbel cara nisa, nasib baik x keras gebu elok jom mnum gn teh o panas 
Bahan-bahan diperlukan:
250 g mentega
40 g marjerin
210 g gula kastor
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
230 g tepung gandum (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
80 ml susu segar
30 g serbuk koko
Cara menyediakan dan memasak:
Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
Pukul mentega, marjerin, dan gula kastor sehingga gebu dan ringan.
Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar. Kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 10 minit.
Sendukkan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170°C.
credit : Arnisa Nazeirah‎
#mahn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam kicap viral

AYAM KICAP VIRAL 1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.   2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan k...